• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebuhraya KESAS dan terowong SMART mula uji pembayaran tol dengan kad debit dan kredit

  • OLEH Najib
  • 1:34 pm
  • 23/08/2023
  • Komen
Lebuhraya KESAS dan terowong SMART mula uji pembayaran tol dengan kad debit dan kredit
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lebuhraya MEX, LDP dan SPRINT memulakan ujian Sistem Pembayaran Terbuka (SPT), kini lebuhraya KESAS dan terowong SMART mula mengumumkan perkara yang sama. Dengan SPT, pengguna lebuhraya kini ada pilihan tambahan untuk membayar tol, selain menggunakan Touch n Go.

Seperti ujian SPT yang lain, pengguna perlu memastikan mereka berada di lorong yang betul untuk membayar tol menggunakan kad debit atau kredit. Ia boleh dilihat menerusi papan tanda di atas lorong, sama seperti tanda untuk RFID, SmartTAG dan Touch n Go.



Pada lorong tersebut, akan ada terminal kad berasingan yang berbeza daripada terminal Touch n Go. Sentuh kad debit atau kad kredit anda pada terminal tersebut, sehingga transaksi diluluskan.

Sebagai peringatan, pastikan baki untuk penggunaan kad tersebut mencukupi. Sama ada baki akaun bank untuk kad debit, atau baki kredit bagi kad kredit. Selain itu, fungsi tanpa sentuh juga perlu diaktifkan iaitu Visa Paywave atau Mastercard PayPass. Kad American Express (AMEX) tidak boleh digunakan.



SPT akan diuji di 12 lebuhraya menjelang September 2023. Ia adalah langkah pertama kerajaan untuk menamatkan monopoli pembayaran tol menggunakan Touch n Go. Dengan ini, pengguna lebuhraya memiliki lebih banyak pilihan membayar tol iaitu kad Touch n Go, SmartTAG, RFID dan kad debit/kredit.

Kami telah menguji pembayaran tol MEX menggunakan pelbagai kad debit dan kredit, termasuk menggunakan Apple Pay dan Samsung Pay. Ianya lambat sedikit berbanding kad Touch n Go, tetapi sangat lancar. Anda boleh melihat ujian kami di sini.

[Sumber: KESAS, SMART]

Bacaan Berkaitan

  • Tol LDP dan SPRINT mula terima kad debit dan kredit, uji Sistem Pembayaran Terbuka
  • Lebuhraya MEX: Bayar tol guna kad kredit, Samsung Pay atau Apple Pay lagi cepat dari Touch n Go?
  • Bayar Tol guna kad debit dan kredit bermula di lebuhraya MEX hari ini, lebih banyak lebuhraya mulai September
  • Lebuhraya DUKE yang ke-12 sertai program sistem pembayaran tol terbuka
  • Bayar guna kad debit/kredit di tol tak selaju macam Touch n Go, tapi ada kelebihannya
Tags: KESASMyDebitSPTTerowong SMART
Najib

Najib

POPULAR

Lebuhraya KESAS dan terowong SMART mula uji pembayaran tol dengan kad debit dan kredit

Lebuhraya KESAS dan terowong SMART mula uji pembayaran tol dengan kad debit dan kredit

23 August 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN