• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[PROMO] Tablet Honor Pad X8 dengan LTE hanya RM699, percuma sarung penyangga

  • OLEH Najib
  • 2:10 pm
  • 23/08/2023
  • Komen
[REVIU] Honor Pad X8: cantik skrin dan kuat bunyi, kecewa pada tenaga
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari tablet mampu milik yang menyokong kad SIM untuk kegunaan internet mudah alih, maka anda boleh dapatkan tawaran terbaru Honor Malaysia ini. Sempena sambutan Hari Kebagsaan yang berlangsung bulan ini, Honor menyediakan diskaun sebanyak RM200 untuk tablet Honor Pad X8 LTE.

Tablet Honor Pad X8 LTE dilancar tahun lepas pada harga RM899. Ia datang bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Dalam promosi kali ini, diskaun sebanyak RM200 diberi menjadika harga tablet ini cuma RM699 sahaja.



Tawaran ini berlangsung dari sekarang sehingga 31 Ogos 2023. Ia boleh dibeli di Stor Rasmi Honor di Lazada dan Shopee.

Anda boleh membaca ulasan kami tentang tablet Honor Pad X8 di sini. Kalau mahu tablet yang lebih besar, anda boleh mendapatkan model terbaru Honor Pad X9 yang memiliki skrin 11.5-inci.



Spesifikasi Honor Pad X8

Menggunakan cip Mediatek Helio G80, Honor Pad X8 boleh dikelaskan sebagai peranti kelas pertengahan. Ia datang bersama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, bersama slot kad mikroSD untuk tambahan storan. Tablet ini juga menyokong rangkaian mudah alih 4G LTE.

Paparan Honor Pad X8 adalah jenis LCD 10.1-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 60hz. Bingkai skrin ini sangat tebal, persis iPad lama dengan Touch ID. Kamera hadapan dengan sensor 2MP terletak di dalam bingkai di atas skrin. Kamera belakang pula 5MP.

Sistem bunyi stereo dihasilkan melalui dua speaker di kiri dan kanan. Tetapi tiada jek audio 3.5mm.

Bateri di dalam tablet ini agak kecil, hanya 5,100mAh walaupun badannya besar. Kuasa pengecas juga rendah, cuma 10W tetapi menggunakan port USB-C. Honor Pad X8 menjalankan sistem operasi Magic UI 6.1, berasakan Android 12.

Bacaan Berkaitan

  • Honor lancar tablet lebih murah dan laptop 16 inci baru
  • [REVIU] Honor Pad X8: cantik skrin dan kuat bunyi, kecewa pada tenaga
  • Harga baru Honor Pad X8, kini hanya RM799 sahaja
Tags: honorHonor Pad X8promositablet
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
[REVIU] Honor Pad X8: cantik skrin dan kuat bunyi, kecewa pada tenaga

[PROMO] Tablet Honor Pad X8 dengan LTE hanya RM699, percuma sarung penyangga

23 August 2023
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER