• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga baru Honor Pad X8, kini hanya RM799 sahaja

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:48 pm
  • 09/05/2023
  • Komen
[REVIU] Honor Pad X8: cantik skrin dan kuat bunyi, kecewa pada tenaga
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda sedang mencari tablet dengan harga mampu milik, Honor Pad X8 mungkin pilihan terbaik buat anda. Honor telah mengumumkan penurunan harga kekal bagi Honor Pad X8. Ia kini boleh didapati pada harga RM799, RM100 lebih murah berbanding harga asal RM899.

Lebih menarik, selain penurunan harga, Honor juga memberikan hadiah percuma sarung flip dengan setiap pembelian Honor Pad X8. Jika anda berminat, anda boleh mendapatkannya di dapatkannya di stor fizikal Honor Experience, stor atas talian Honor, kesemua pengedar sah Honor atau gedung rasmi Honor di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Honor Pad X8

Untuk maklumat anda, Honor Pad X8 dilancarkan pada November tahun 2022. Ia adalah sebuah tablet dalam kelas pertengahan permulaan disebabkan harganya yang mampu milik. Honor Pad X8 dilengkapi paparan jenis LCD 10.1 inci beresolusi HD Penuh dengan kadar segar semula 60Hz. Terdapat kamera hadapan 2MP yang terletak di dalam bingkai di atas skrin. Kamera belakang menggunakan sensor 5MP.

Atas papan utama, ia diperkasa cip MediaTek Helio G80 bersama gandingan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Storan boleh diperluas lagi dengan slot MikroSD. Dalam masa yang sama ia menyokong rangkaian mudah alih 4G LTE. Bahagian bateri dimuatkan tangki berkapasiti 5,100mAh dengan pengecasan 10W melalui USB-C.



Lain-lain ciri termasuk sistem speaker stereo, Bluetooth 5.1, Honor Share dan sistem operasi Magic UI 6.1 berasakan Android 12.

Untuk tahu lebih lanjut tentang Honor Pad X8, anda boleh baca reviu kami di sini.

Tags: honorHonor Pad X8
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
[REVIU] Honor Pad X8: cantik skrin dan kuat bunyi, kecewa pada tenaga

Harga baru Honor Pad X8, kini hanya RM799 sahaja

9 May 2023
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN