• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony PlayStation Portal diperkenal, konsol penstriman game PS5 disamping dua aksesori audio

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:05 am
  • 25/08/2023
  • Komen
Sony PlayStation Portal diperkenal, konsol penstriman game PS5 disamping dua aksesori audio
Share on FacebookShare on Twitter

Sony tidak berselindung lagi bahawa mereka akan melancarkan sebuah konsol mudah alih, ketika mengumumkan Projek Q pada Mei tempoh lalu. Pada hari ini, Sony telah mendedahkan konsol Projek Q akan dilancar pada hujung tahun ini dan ia diberi nama PlayStation Portal.

Jika dilihat daripada luaran, rekaan konsol ini nampak seperti controller PS5 DualSense yang telah dilebarkan pada bahagian tengah untuk memuatkan bahagian skrin. Butang yang dimuatkan turut mirip seperti yang terdapat di controller PS5, termasuk ada butang trigger adaptif dan maklum balas haptik.



Bahagian paparannya merupakan skrin LCD berukuran 8 inci dengan resolusi 1080p pada 60fps. Ini menjadikannya konsol mudah alih dengan skrin terbesar, jika nak dibandingkan dengan konsol seperti ROG Ally dan Steam Deck.

Walau bagaimanapun, anda kena tahu bahawa PlayStation Portal ini tidak berfungsi seperti dua konsol yang disebutkan tadi. Ia direka untuk digunakan bersama PlayStation 5 (PS5). Secara ringkas, ia menstrim permainan PS5 anda dari jauh menerusi sambungan WiFi. Ini membolehkan anda untuk bermain permainan PS5 walaupun berada di luar rumah.



Berkenaan sambungan, Sony menyatakan Portal sekurang-kurangnya memerlukan sambungan WiFi pada kelajuan 5Mbps. Kelajuan 15Mbps pula akan memberikan pengalaman bermain yang lebih baik. Disebabkan menstrim dari PS5, Portal hanya menyokong segala permainan yang terdapat di PS5 pengguna. Seperti DualSense, ia juga ada port jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar.

Meskipun begitu, permainan PS VR2 atau permainan yang distrim menerusi penstriman awan PlayStation Plus Premium tidak disokong.

Sony, dalam masa yang sama turut memperkenalkan dua lagi kelengkapan audio PS5 iaitu set kepala Pulse Elite Wireless dan fon putik Pulse Explore Wireless. Kedua-duanya didatangkan dengan mikrofon penolakan hingar AI dipertingkatkan untuk menapis bunyi luar, dengan set kepala menampilkan boom mic boleh ditarik.

Selain itu, kedua-duanya didatangkan dengan PlayStation Link, di mana dapat menawarkan sambungan kependaman rendah, audio lossless serta kemudahan untuk menukar antara hos PlayStation Link seperti PS5 dengan adapter USB dan Portal. USB adapter untuk PlayStation Link disertakan sekali bersama dalam kotak.

Sony belum mengumumkan bilakah ketiga-tiga peranti terbaru tersedia untuk dijual. Tetapi harga rasminya di Amerika Syarikat adalah seperti berikut:

  • PlayStation Portal: USD199.99 (~RM929)
  • PlayStation Pulse Explore: USD199.99 (~RM929)
  • PlayStation Pulse Elite: USD 149.99 (~RM697)

[Sumber: Sony]

Tags: Project QSonysony playstation 5Sony PlayStation PortalSony Pulse Elite WirelessSony Pulse Explore Wireless
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sony PlayStation Portal diperkenal, konsol penstriman game PS5 disamping dua aksesori audio

Sony PlayStation Portal diperkenal, konsol penstriman game PS5 disamping dua aksesori audio

25 August 2023
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN