• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Realme Watch 3 vs Redmi Watch 3, mana satu lagi bagus?

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:52 pm
  • 28/08/2023
  • Komen
Realme Watch 3 vs Redmi Watch 3, mana satu lagi bagus?
Share on FacebookShare on Twitter

Jam pintar dalam segmen mampu milik menjadi pilihan ramai kerana harganya yang sangat mampu milik dan dilengkapi pelbagai ciri penting untuk kecergasan dan kesihatan. Antara dua jam pintar iaitu Realme Watch 3 dan Redmi Watch 3, mana satu lagi bagus? Walaupun kedua-dua jam ini berada dalam kategori yang sama, mesti ada satu yang menonjol betul tak? Anda nak tahu yang mana satu lagi bagus? Di sini saya akan terangkan.

Redmi Watch 3
Realme Watch 3

Bermula daripada luaran, kedua-dua jam ini didatangkan dengan rupa jam yang lebih kurang sama. Kedua-duanya mempunyai badan jam berbentuk segi empat tepat. Tetapi apa yang berbeza adalah pada bahagian skrinnya. Redmi Watch 3 menggunakan skrin AMOLED yang lebih bagus, manakala Realme Watch 3 pula menggunakan skrin jenis TFT.



Selain itu, Redmi Watch 3 dimuatkan dengan lebih banyak sensor. Ia memiliki sebanyak empat sensor iaitu kadar denyutan jantung, SpO2, akselerometer dan giroskop. Di Redmi pula terdapat tiga sensor seperti Redmi, tetapi kekurangan pada sensor giroskop. Jadi boleh dikatakan Redmi Watch 3 mampu untuk menjejak aktiviti harian anda dengan lebih tepat.

Redmi Watch 3
Realme Watch 3

Menggunakan sensor tadi, ciri kesihatan yang dilengkapi pada kedua-dua jam ni tidak jauh beza. Kedua-dua jam ini ada ciri sleep tracking, pemantauan degupan jantung berterusan, SpO2, dan pemantauan kadar tekanan. Fungsi bersukan yang ada pada kedua-dua jam turut lebih kurang sama dengan dilengkapkan banyak mod kecergasan macam berlari, berbasikal, mendaki dan berenang. Secara keseluruhan Redmi ternyata ada lagi banyak mod dengan memiliki lebih 120 mod sementara Realme pula 110 mod.



Dalam pada itu, Redmi Watch 3 turut boleh disambungkan ke aplikasi pihak ketiga macam Strava menggunakan aplikasi Mi Fitness, manakala Realme Watch 3 pula tidak menyokong. Tahap kekalisan air juga terdapat perbezaan, Realme Watch ada penarafan IP68 tetapi Redmi ada 5ATM.

Redmi Watch 3
Realme Watch 3

Beralih kepada bahagian bateri, Realme Watch 3 dilengkapkan dengan kapasiti bateri lebih besar berbanding Redmi, tetapi dinilai sehingga 7 hari masa penggunaan sahaja, yang mana agak kurang memberangsangkan. Redmi Watch 3 yang memliki kapasiti lebih kecil boleh bertahan jauh lagi panjang sehingga 12 hari. Bagaimanapun, kedua-dua jam ini boleh digunakan untuk membuat panggilan oleh kerana kehadiran speaker dan mikrofon.

Kalau diikutkan, memang jelas Redmi Watch 3 lebih bagus kerana memiliki ciri lebih banyak macam skrin lebih bagus, sensor jauh lagi banyak dan bateri tahan lama. Tetapi harga Redmi watch 3 pun lebih mahal pada RM379, Realme pula cuma RM259. Jadi pada pendapat anda, jam pintar yang mana satu lebih berbaloi?

Jika anda berminat, boleh dapatkan kedua-dua jam pintar Redmi Watch 3 dan Realme Watch 3 di gedung rasmi di Redmi di Lazada atau Shopee, dan gedung rasmi Realme di Lazada atau Shopee.

Tags: RealmeRealme Watch 3redmi watch 3xiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

20 September 2023
Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

19 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

14 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER