• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Bulan purnama dalam bulan Merdeka 2023 sangat unik, ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:30 pm
  • 30/08/2023
  • Komen
Bulan purnama dalam bulan Merdeka 2023 sangat unik, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Hari Kebangsaan ke-66 tahun 2023 adalah satu hari yang unik. Hal ini kerana ia selari dengan satu fenomena astronomi yang menarik. Fasa bulan penuh dijadualkan terjadi pada hari itu pada jam 09:35 pagi dan ia adalah bulan penuh kedua untuk Ogos 2023.

Disebelah malamnya kita boleh melihat bulan terbit bermula jam 7:44 malam waktu tempatan dengan 99.7% permukaan bulan kelihatan.



Keunikannya tidak terhenti di situ. Fenomena dua bulan penuh dalam satu kalendar solar juga adalah sesuatu yang unik kerana secara purata, ia berlaku selang 33 bulan. Kali terakhir perkara ini berlaku adalam dalam bulan Oktober 2022 dan yang seterusnya adalah Mei 2026.

Jadi, nak dipendekkan cerita, janganlah terlepas peluang untuk menyaksikan peristiwa yang jarang-jarang berlaku.



Waktu terbit bulan dan arah mana nak lihat?

28 Ogos hingga 2 September adalah tempoh apabila lebih daripada 90% permukaan bulan kelihatan kepada pencerap di bumi. Waktu terbitnya adalah berbeza-beza kerana jam kita dikira berdasarkan matahari.

Berikut adalah waktu terbit bulan sepanjang tarikh tersebut:

  • 28 Ogos 2023 – 6:53 petang
  • 29 Ogos 2023 – 05:54 petang
  • 30 Ogos 2023 – 06:51 petang
  • 31 Ogos 2023 – 07:44 malam
  • 01 September 2023 – 08:34 malam
  • 02 September 2023 – 09:22 malam

Arah mana nak toleh untuk lihat? Bulan dan matahari akan terbit di ufuk timur. Secara kasarnya, sekiranya anda tahu di mana arah kiblat, bulan akan terbit bersetentang dengan arah kiblat dalam bearing 85° hingga 116° relatif kepada utara.

Kalau malas nak kira, boleh saja guna aplikasi telefon pintar. Aplikasi seperti Stellarium boleh dimuat turun untuk peranti Android dan juga iOS.

Perlu diingatkan yang mencerap fenomena astronomi sangat bergantung kepada keadaan cuaca. Jadi janganlah letakkan harapan yang tinggi untuk nampak kerana risiko langit berawan senantiasa ada.

Tags: hari kebangsaan 2023hari merdeka 66Merdeka
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

19 September 2023
Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

20 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

14 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER