• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

WhatsApp untuk Mac baharu tiba, benarkan panggilan suara dan video berkumpulan di komputer

  • OLEH Najib
  • 12:14 pm
  • 30/08/2023
  • Komen
WhatsApp untuk Mac baharu tiba, benarkan panggilan suara dan video berkumpulan di komputer
Share on FacebookShare on Twitter

CEO Meta, Mark Zuckerberg telah berkongsi berita baru mengenai WhatsApp di Facebook rasminya. Ia berkenaan kesediaan perisian WhatsApp untuk komputer Mac, diperbaharui dengan rekaan yang lebih mesra antaramuka macOS.

Dalam kenyataan rasmi Meta, WhatsApp app for Mac yang baru dikemaskini dengan fungsi baru membuat panggilan berkumpulan. Untuk panggilan video, ia menyokong sehingga 8 pemanggil manakala panggilan suara, sehingga 32 orang serentak.



Pengalaman yang serupa dengan WhatsApp for Windows turut boleh dinikmati pengguna Mac dalam perisian terbaru ini. Antaranya sejarah panggilan kumpulan yang pernah disertai, yang membolehkan pengguna keluar dan masuk semula dalam panggilan yang sama. Pengguna Mac juga boleh menerima notifikasi mesej baru walaupun aplikasi ditutup.

Selain itu, pengguna Mac juga boleh meleret dan letak fail terus ke dalam perbualan WhatsApp. Antaramuka WhatsApp juga diperbaiki supaya lebih mesra dan selesa digunakan di skrin besar Mac.



Sama seperti perisian WhatsApp di peranti lain, WhatsApp for Mac juga melindungi perbualan dan panggilan pengguna dengan penyulitan hujung-ke-hujung.

Buat masa ini, aplikasi WhatsApp for Mac masih belum terdapat di Apple Store tetapi akan datang tidak lama lagi. Pengguna Mac yang mahu menggunakannya, boleh memuat turun di laman web WhatsApp.com.

[Sumber: Meta]

Bacaan Berkaitan

  • Cara hantar gambar & video HD resolusi tinggi dan tak pecah di WhatsApp
  • WhatsApp perkenal ciri kongsi skrin dan mod landskap di panggilan video
  • WhatsApp kini ada cara sangat mudah hantar video pendek dengan cepat
Tags: macoswhatsappWhatsApp for Mac
Najib

Najib

POPULAR

WhatsApp untuk Mac baharu tiba, benarkan panggilan suara dan video berkumpulan di komputer

WhatsApp untuk Mac baharu tiba, benarkan panggilan suara dan video berkumpulan di komputer

30 August 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER