• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TV baru Toshiba Z870M, Z670M dan M550 dilancar, direka untuk gamer dengan ROG Ally percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:52 pm
  • 06/09/2023
  • Komen
TV baru Toshiba Z870M, Z670M dan M550 dilancar, direka untuk gamer dengan ROG Ally percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Toshiba Malaysia hari ini telah melancarkan barisan televisyen baru mereka untuk pasaran Malaysia. Ia terdiri daripada tiga model iaitu Z870M dan Z670M, dan M550M. Terdapat dua saiz yang ditawarkan bagi model Z870M dan Z670M iaitu 55-inci dan 65-inci. Menariknya, ia boleh didapati bermula RM3,999 sahaja.

Harga dan promosi di Malaysia

Kepada mereka yang berminat, Toshiba Malaysia telah membuka promosi tempahan awal bermula 1 September hingga 30 September. Semasa promosi, Toshiba memberikan diskaun sehingga RM1,900. Berikut adalah harga rasminya di Malaysia:



  • Toshiba Z870M 65″ – RM9,399 RM7,499
  • Toshiba Z870M 55″ – RM7,699 RM6,099
  • Toshiba Z670M 65″ – RM6,299 RM4,999
  • Toshiba Z670M 55″ – RM4,999 RM3,999

Bukan sahaja diskaun yang banyak, Toshiba juga menyertakan hadiah percuma yang bernilai sehingga RM3,299 untuk pembeli yang membeli pada tempoh tempahan awal. Bagi model Z870M 65″, pembeli akan menerima hadiah percuma berupa ROG Ally dan Z870M 55″ pula akan diberi hadiah percuma berbentuk speaker Logitech Z906.

Sementara itu, pembeli model Z670M akan disertakan speaker Bose secara percuma tanpa mengira saiz dalam tempoh promosi. Untuk model M550M, buat masa sekarang, ia masih belum mula dijual di Malaysia dan hanya akan tersedia pada Oktober 2023 nanti.



Jika anda berhasrat untuk dapatkannya, anda boleh layari gedung rasmi Toshiba di Lazada dan Shopee.

Toshiba Z870M

Paparan Toshiba Z780M dipasangkan dengan panel mini LED dan dikuasakan cip yang berasaskan AI iaitu REGZA Engine ZRi untuk mengoptimumkan visual dan audio yang dipaparkan mengikut persekitaran. Ia turut dilengkapkan dengan Full Array Local Dimming Pro dan teknologi warna Quantom Dot untuk menawarkan warna yang tepat, disamping menyokong Dolby Vision HDR, HDR10+ dan HLG.

Tambahan pula, ia mempunyai speaker yang menembak kedepan dengan menampilkan teknologi REGZA Bass Woofer PRO yang boleh ditala menerusi REGZA Power Audio Pro+ dan Dolby Atmos. Ia juga ada mod gaming yang dipanggil Game Mode Pro, menyokong kadar penyegaran 144Hz, Mod Kependaman Rendah Auto (ALLM) serta teknologi AMD FreeSync.

Selain itu, ia tersedia dengan IMAX Enhanced untuk keperluan menonton kandungan secara 4K HDR dan serasi dengan peranti Apple menggunakan Smart Sharing menerusi tekonologi Apple HomeKit . TV ini juga hadir dengan ciri Far Field Voice membolehkan pengguna mengawal TV melalui suara.

Toshiba Z7670M

Model ini berkongsi banyak ciri yang sama dengan Z870M tetapi ia lebih khusus untuk gamer. Ini adalah kerana, ia didatangkan dengan AMD FreeSync Premium yang lebih bagus untuk bantu mengekalkan kadar bingkai supaya lebih lancar, serta ada kadar penyegaran boleh berubah 144Hz.

Seperti model Z870, ia mempunyai ciri mod Game Mode Pro dan menggunakan cip REGZA Engine ZRi. Selain itu, ia juga didatangkan dengan fungsi Full Array Local Dimming Pro untuk menambah baik nisbah kontras bahagian gelap dan terang dan memiliki teknologi warna Quantom Dot untuk menghasilkan warna yang realistik dan menyokong Dolby Vision HDR, HDR10+ dan HLG.

Bahagian audionya dilengkapi ciri pelarasan REGZA Audio Pro+ dan sokongan Dolby Atmos dengan speaker yang menembak ke depan. Ia turut mempunyai sistem REGZA Bass dan Tru Bass Booster untuk menawarkan bass bunyi yang berdentum.

Toshiba M550M

Toshiba M550M merupakan model paling bawah dan lebih murah dalam barisan ini. Ia menggunakan cip REGZA ZR dan mempunyai ciri Color Re-Master Pro dan teknologi warna Quantom Dot untuk mengeluarkan warna yang terang dan natural.

Dalam pada itu, ia menyokong format Dolby Vision HDR dan audio Dolby Atmos. Sistem pembersar suara masih didatangkan dengan REGZA Bass Woofer dengan ciri REGZA Power Audio Pro dan Tru Bass Booster. Ia akan menjalankan sistem operasi Google TV dan dihadirkan dengan sokongan Apple AirPlay untuk sambungan terus dari peranti Apple.

Tags: ToshibaToshiba M550Toshiba Z670MToshiba Z870MTV pintar
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TV baru Toshiba Z870M, Z670M dan M550 dilancar, direka untuk gamer dengan ROG Ally percuma

TV baru Toshiba Z870M, Z670M dan M550 dilancar, direka untuk gamer dengan ROG Ally percuma

6 September 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER