• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Xiaomi jamin kemaskini OS 4 kali dan keselamatan 5 tahun, bermula dari siri Xiaomi 13T

  • OLEH Najib
  • 12:15 pm
  • 07/09/2023
  • Komen
Xiaomi jamin kemaskini OS 4 kali dan keselamatan 5 tahun, bermula dari siri Xiaomi 13T
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi kini sedang bersiap sedia untuk pelancaran peranti flagship mampu milik mereka, siri Xiaomi 13T pada akhir bulan ini. Tetapi ada berita terbaru yang menyatakan, Xiaomi mahu meningkatkan lagi sokongan untuk peranti yang bakal dilancar ini.

Pengarah Komunikasi Xiaomi, Daniel Desjarlais menerusi ciapan di X mengumumkan, Xiaomi telah meningkatkan komitmen mereka dalam menyediakan sokongan perisian.



We are proud to announce a significant enhancement to our commitment to providing exceptional software support. Xiaomi 13T and Xiaomi 13T Pro will include 4 generations of Android OS upgrades, as well as 5 years of security patches.

— Daniel Desjarlais (@Daniel_in_HD) September 6, 2023

Peningkatan komitmen dan sokongan ini akan ditunjukkan pada Xiaomi 13T dan Xiaomin 13T Pro, yang akan menerima kemaskini sistem operasi sebanyak 4 generasi, serta tampalan keselamatan selama 5 tahun.

Jika benar, ini menyamai komitmen yang diletakkan Samsung untuk peranti kelas pertengahan dan flagship mereka. Tetapi Samsung memberi tampalan keselamatan setiap bulan, berbanding dua bulan sekali untuk peranti flagship Xiaomi sebelum ini.



Redmi Note 12 dengan MIUI 14 (kiri) dan Redmi Note 12 5G dengan MIUI 14 (kanan)

Bagaimanapun, pengumuman Xiaomi ini perlu dijelaskan lagi mengenai sistem operasi. Adakah ia merujuk kepada MIUI atau pun Android? Ini kerana naik taraf MIUI tidak selari dengan naik taraf Android. Contohnya untuk Redmi Note 12, ia menggunakan MIUI 14 berasaskan Android 13. Tetapi di Redmi Note 12 5G, ia juga menggunakan MIUI 14 tetapi berasaskan Android 12.

Jika Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro kelak dilancarkan dengan MIUI 14 berasaskan Android 13, adakah MIUI 15 akan datang dibina berasaskan Android 13 atau Android 14 untuk dua peranti ini?

Siri Xiaomi 13T akan menjadi telefon pertama dibangunkan dengan kerjasama Leica untuk siri ini, mengikuti jejak model lebih tinggi iaitu siri Xiaomi 13. Bagaimanapun, dikhabarkan hanya Xiaomi 13T Pro akan memiliki label Leica.

Selain itu, Xiaomi mungkin tidak lagi menggunakan cip Snapdragon, kerana Xiaomi 13T Pro dikatakan akan diperkasa cip Mediatek Dimensity 9200+ manakala Xiaomi 13T menggunakan cip Mediatek Dimensity 8200-Ultra. Naik taraf lain pada siri Xiaomi 13T adalah penggunaan skrim AMOLED 144Hz dan juga kekalisan air dan debu IP68.

sumber

Xiaomi akan melancarkan siri Xiaomi 13T di Berlin, Jerman pada 26 September 2023. Penjualannya di Malaysia dijangka tidak lama selepas itu, memandangkan peranti ini telah menerima kelulusan SIRIM sejak bulan Julai lagi.

[Sumber: Daniel]

Bacaan Berkaitan

  • Siri Xiaomi 13T dengan kerjasama Leica, akan dilancar pada 26 September
  • Xiaomi 13T dan 13T Pro sedia dilancar di Malaysia?
  • Gambaran Xiaomi 13T Pro dedah kamera Leica dan rekaan serupa Redmi K60 Ultra
Tags: androidmiuixiaomiXiaomi 13TXiaomi 13T Pro
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi jamin kemaskini OS 4 kali dan keselamatan 5 tahun, bermula dari siri Xiaomi 13T

Xiaomi jamin kemaskini OS 4 kali dan keselamatan 5 tahun, bermula dari siri Xiaomi 13T

7 September 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN