• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Xiaomi 13T dengan kerjasama Leica, akan dilancar pada 26 September

  • OLEH Najib
  • 11:25 am
  • 06/09/2023
  • Komen
Siri Xiaomi 13T dengan kerjasama Leica, akan dilancar pada 26 September
Share on FacebookShare on Twitter

CEO Xiaomi, Lei Jun telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan majlis pelancaran untuk telefon pintar prestasi tinggi mampu milik, siri Xiaomi 13T tidak lama lagi. Ia boleh dikatakan majlis pelancaran antarabangsa kerana diadakan di Jerman.

Pelancaran siri Xiaomi 13T akan diadakan pada hari Selasa, 26 September 2023, pukul 2 petang waktu tempatan bersamaan pukul 8 malam waktu Malaysia. Majlis ini akan turut disiarkan secara langsung dan boleh ditonton menerusi saluran rasmi Xiaomi kelak.



#Xiaomi13TSeries, co-engineered with Leica, is coming September 26th! So excited to bring the authentic Leica imagery to even more fans around the world. 🟠📷🔴 pic.twitter.com/34Et2UUcEv

— Lei Jun (@leijun) September 5, 2023

Dalam pengumuman yang sama, Lei Jun turut menyatakan bahawa telefon ini dihasilkan dengan kerjasama pakar kamera, Leica. Ini akan menjadikannya telefon Xiaomi paling murah dilengkapi jenama Leica pada kameranya.

Lei Jun tidak menyatakan berapakah model yang akan diperkenal pada siri Xiaomi 13T. Jika ia menuruti cara yang sama dengan generasi sebelumnya, kita akan dapat melihat dua model iaitu Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro.



Spesifikasi dan gambar terbocor

Malah, sudah ada gambar-gambar dan berita yang membocorkan spesifikasi siri Xiaomi 13T. Dikhabarkan, siri Xiaomi 13T adalah peranti yang dihasilkan semula daripada Redmi K60 Ultra yang telah dilancar di China.

Bagi Redmi K60 Ultra, ia menggunakan cip Mediatek Dimensity 9200+, bersama RAM sehingga 24GB dan storan sehingga 1TB. Skrinnya jenis OLED 6.67-inci HD Penuh, bersama kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan puncak mencecah 2,600 nits.

sumber

Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W menerusi USB-C. Paling menarik, ia kalis air dan debu IP68. Jika benar, ini akan menjadi model ‘T’ pertama dengan kekalisan air.

Untuk Xiaomi 13T pula, sudah ada video buka kotak dikongsi di YouTube. Tetapi di bahagian kamera belakang, ia tidak memiliki logo Leica. Berkemungkinan besar, kamera Leica hanya terdapati di model 13T Pro sahaja.

sumber

Antara spesifikasi yang dapat dilihat adalah seperti kamera 50MP, pengecas Turbo 67W, bateri 5,000mAh, kalis air & debu IP68, skrin CrystalRes AMOLED 144Hz dan pemproses flagship 4nm. Lebih jelas lagi, ia adalah cip Mediatek Dimensity 8200-Ultra.

Harga dan ketersediaan di Malaysia

Peminat di Malaysia mungkin tidak perlu menunggu lama untuk siri Xiaomi 13T tiba di Malaysia. Ini kerana ia telah pun diluluskan penggunaannya di Malaysia oleh SIRIM sejak bulan Julai lagi.

Mengenai harganya, masih tiada khabar berita mengenainya. Tetapi ia pasti tidak jauh dari harga pelancaran siri Xiaomi 12T tahun lepas iaitu:

  • Xiaomi 12T (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,999
  • Xiaomi 12T Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,699
  • Xiaomi 12T Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,999

Adakah siri Xiaomi 13T akan lebih murah kerana tidak lagi menggunakan cip Snapdragon? Tetapi mungkin juga lebih mahal kerana kalis air IP68 dan jenama Leica. Apa pun, kita tunggu majlis pelancarannya pada 26 September ini.

[Sumber: Lei Jun]

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi 13T dan 13T Pro sedia dilancar di Malaysia?
  • Gambaran Xiaomi 13T Pro dedah kamera Leica dan rekaan serupa Redmi K60 Ultra
  • Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: leicaxiaomiXiaomi 13TXiaomi 13T Pro
Najib

Najib

POPULAR

Siri Xiaomi 13T dengan kerjasama Leica, akan dilancar pada 26 September

Siri Xiaomi 13T dengan kerjasama Leica, akan dilancar pada 26 September

6 September 2023
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN