• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambaran Xiaomi 13T Pro dedah kamera Leica dan rekaan serupa Redmi K60 Ultra

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:59 pm
  • 21/08/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah hampir setahun siri Xiaomi 12T dilancar di Malaysia, Xiaomi dijangka akan melancarkan sekuel terbaru siri 13T seawal bulan September depan yang terdiri daripada Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro. Menjelang pelancarannya, render untuk model 13T Pro telah muncul atas talian, dan ia boleh dilihat sama seperti Redmi K60 Ultra.

Menurut render oleh Mysmartprice, bahagian kamera Xiaomi 13T Pro memiliki reka bentuk kamera empat segi yang sama seperti Redmi K60 Ultra, tetapi ia akan mengguna pakai sistem kamera hebat kerana kehadiran cap Leica. Bahagian hadapannya terdapat lubang ditengah skin yang menempatkan kamera hadapan.



Selain itu, render yang sama juga mendedahkan Xiaomi 13T Pro tersedia dalam dua warna iaitu hitam dan biru, dengan hitam menggunakan panel belakang kaca manakala biru dipasangkan dengan kemasan kulit vegan. Butang kuasa dan butang kawal suara diletakkan di sebelah kanan, dan bahagian bawah telefon terdapat speaker, port USB-C dan slot kad sim.

Bahagian paparannya dijangka akan sama seperti Redmi K60 Ultra, dengan menggunakan skrin OLED 6.67-inci beresolusi 2712×1220 dengan kadar penyegaran 144Hz. Cip yang berkemungkinan mengkuasakan telefon ini ialah MediaTek Dimenstiy 9200+, dengan pilihan RAM sehingga 16GB dan pilihan storan sama ada 256GB atau 512GB.



Sistem pengimejan yang ditala Leica itu akan terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX707, kamera telefoto 50MP dan kamera ultralebar 13MP. Untuk selfie, ia boleh dilakukan mengguna pakai sensor 20MP. Menyalur tenaga adalah dari bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W.

Ciri utama lain yang ada mungkin termasuk pengimbas cap jari dalam skrin, penarafan IP68, sokongan pengecasan wayarles dan menjalankan sistem operasi MIUI 14.

Sebagai perbandingan, Xiaomi 12T Pro dilancarkan di Malaysia bermula pada harga RM2,699 untuk RAM 8GB dan storan 256GB, manakala Xiaomi 12T pula dari serendah RM1,999 untuk RAM 8GB dan storan 256GB. Dianggarkan siri 13T yang bakal dilancar mungkin akan diletakkan pada harga lebih tinggi sedikit, oleh kerana menggunakan kamera Leica.

[Sumber: Mysmartprice]

Tags: leicaRedmi K60 UltraxiaomiXiaomi 13TXiaomi 13T Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026

Gambaran Xiaomi 13T Pro dedah kamera Leica dan rekaan serupa Redmi K60 Ultra

21 August 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN