• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes 5G dah ada eSIM. Bagaimana cara untuk dapatkannya?

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:37 pm
  • 08/09/2023
  • Komen
Yes 5G dah ada eSIM. Bagaimana cara untuk dapatkannya?
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat telekomunikasi Yes 5G telah mengumumkan mereka akan mula menawarkan sokongan eSIM untuk pelan pascabayar dan prabayar 5G mereka. Dengan eSIM, ia membolehkan pengguna untuk mengaktikfkan perkhidmatan rangkaian pada telefon pintar serasi tanpa perlu memasukkan kad sim fizikal.

Di Yes 5G, eSIM boleh didapatkan dan diaktifkan dengan mudah melalui aplikasi Yes 5G termasuk untuk pengguna baru dan sedia ada. Ia boleh digunakan serta-merta di telefon pintar tanpa pengguna perlu tunggu kad SIM sampai ke rumah terlebih dahulu. eSIM sangat sesuai dijadikan sebagai rangkaian tambahan, serta dapat menghilangkan risiko berlakunya kad sim rosak.



Bagaimanapun, perkhidmatan eSIM Yes 5G tersedia untuk pelan pascabayar Yes Power 35 dan Yes Infinite+ Postpaid, dan pelan prabayar tanpa had Yes FT5G. Untuk pengguna sedia ada, anda boleh beralih kepada eSIM dengan melancarkan aplikasi Yes 5G dan kemudian tekan pada “Replace SIM”. Selepas itu, ikut arahan yang tertera dan tekan “Install” pada halaman utama.

Sementara itu, bagi pelanggan baru Yes 5G, anda boleh dapatkan eSIM dari stor atas talian Yes, aplikasi Yes atau di stor fizikal dan pengededar sah Yes di seluruh Malaysia.



Peranti yang sokong eSIM Yes 5G

Setakat artikel ini ditulis, eSIM Yes 5G hanya disokong untuk beberapa pilihan telefon pintar Android sahaja dan tiada iPhone. Ini termasuk dari jenama seperti Samsung, Honor, Oppo, Xiaomi dan Vivo. Berikut adalah senarai penuh peranti yang disokong.

  • Siri Samsung Galaxy S23
  • Siri Samsung Galaxy S22
  • Siri Samsung Galaxy S21
  • Siri Samsung Galaxy S20
  • Siri Samsung Galaxy Note 20
  • Samsung Galaxy Z Flip
  • Samsung Galaxy Fold
  • Samsung Galaxy Z Flip 2
  • Samsung Galaxy Fold 2
  • Samsung Galaxy Z Flip 3
  • Samsung Galaxy Fold 3
  • Samsung Galaxy Z Flip 4
  • Samsung Galaxy Fold 4
  • Samsung Galaxy Watch Active 2
  • Samsung Galaxy Watch 5/ Watch 5 Pro LTE 
  • Samsung Galaxy Watch 4 Classic/ Watch 4 LTE
  • Siri Samsung Galaxy Watch 3 with LTE
  • Honor Magic5 Pro
  • Honor Magic4 Pro
  • Honor Magic Vs
  • Oppo Find X5 pro
  • Xiaomi 13 Pro
  • Xiaomi 13
  • Xiaomi 13T
  • Xiaomi 12T Pro
  • Vivo X90 Pro

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web Yes 5G di sini.

Tags: eSimYESyes 5g
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Yes 5G dah ada eSIM. Bagaimana cara untuk dapatkannya?

Yes 5G dah ada eSIM. Bagaimana cara untuk dapatkannya?

8 September 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN