• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Pro Ultimate, kad SD & mikro-SD siri baharu dengan kelajuan sehingga 200MB/s

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:55 pm
  • 11/09/2023
  • Komen
Samsung Pro Ultimate, kad SD & mikro-SD siri baharu dengan kelajuan sehingga 200MB/s
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung memperkenalkan satu siri kad memori baharu yang dinamakan “Samsung Pro Ultimate”. Kad memori yang hadir dalam bentuk SD dan juga mikro-SD ini dikategorikan dalam kelas flagship dan ditujukan pada pengguna professional yang memerlukan storan yang utuh sewaktu memungut bahan kandungan.

Kad SD Samsung Pro Ultimate ditawarkan dalam kapasiti 64GB, 128GB, 256GB, dan 512GB manakala kad mikro-SD Samsung Pro Ultimate pula ditawarkan dalam pilihan kapasiti 128GB, 256GB, dan 512GB.



Antara kelebihan kad ini adalah kelajuan perpindahan datanya boleh mencecah sehingga 200MB/s (baca) dan 130MB/s (tulis). Sebagai perbandingan, siri Samsung Pro Plus memiliki angka masing-masing 160MB/s dan 120MB/s.

Bagi melindungi data yang tersimpan, Samsung memperkukuh kad memori ini untuk kalis daripada pelbagai elemen. Ia melepasi ujian selaman air pada paras 2 meter selama 72 jam, jatuh daripada ketinggian 5 meter, dan ujian keluar-masuk sebanyak 10,000 kali. Ia juga kalis X-ray dan gelombang magnetik. Akhir sekali, ia mampu beroperasi dalam persekitaran -25 Celsius hingga 85 Celsius dan kalis hentak sekuat 1.5kg.



Samsung Pro Ultimate turut dilengkapi pengawal data berasaskan 28nm yang 37% lebih cekap tenaga berbanding pengawal berasaskan 55nm yang digunakan di banyak produk memori mereka. Hasilnya, hayat bateri gajet tempat ia berkhidmat boleh dipanjangkan.

Pengguna di Malaysia boleh mula dapatkan Samsung Pro Ultimate seawal Oktober 2023. Walau bagaimanapun, harga rasminya masih belum diumumkan. Selain daripada Samsung Pro Ultimate, berikut adalah siri kad memori yang ditawarkan Samsung buat masa sekarang:

  • Samsung Pro Plus
  • Samsung Pro Endurance
  • Samsung Evo Plus
  • Samsung Evo Select

Sumber: Samsung

Bacaan berkaitan

SSD Samsung 990 Pro kini ditawar dalam 4TB, kelajuan sehingga 7.45GB/s

Program Beta Samsung One UI 6.0 dibuka untuk 7 pasaran ini

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023

Tags: MikroSDsamsungSamsung Pro Ultimate
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Samsung Pro Ultimate, kad SD & mikro-SD siri baharu dengan kelajuan sehingga 200MB/s

Samsung Pro Ultimate, kad SD & mikro-SD siri baharu dengan kelajuan sehingga 200MB/s

11 September 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN