• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Samsung

Samsung perkenal TV QLED 4K QE1C AirSlim sangat nipis, ada promosi penjimatan sehingga RM1,079

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:23 pm
  • 12/09/2023
  • Komen
Samsung perkenal TV QLED 4K QE1C AirSlim sangat nipis, ada promosi penjimatan sehingga RM1,079
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia telah secara rasminya melancarkan model televisyen terbaru mereka yang dipanggil QLED QE1C. Ia menampilkan teknologi terkini seperti Quantum Dot dengan Colour Volume 100% dan Quantum HDR, serta membawakan rekaan AirSlim yang cukup nipis.

Harga dan promosi

Televisyen Samsung QLED QE1C terbaru ini tersedia dalam tiga saiz iaitu 50 inci, 55 inci dan 65 inci. Ia telah boleh mula didapati orang ramai dengan harga bermula RM3,599. Untuk lebih jelas, harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • TV Samsung QLED 4K QE1C 50” – RM3,599
  • TV Samsung QLED 4K QE1C 55” – RM4,299
  • TV Samsung QLED 4K QE1C 65” – RM5,399

Dalam masa yang sama, sempena pelancarannya, Samsung juga mengadakan promosi ekslusif yang akan berjalan selama sebulan mulai 30 Ogos sehingga 30 September 2023. Menariknya, promosi ini memperlihatkan penjimatan sehingga RM1,079 termasuk rebat tukar beli sehingga RM300 serta tawaran ansuran dan pemasangan secara percuma.

Pembelian model QLED 4K QE1C 50 inci akan menerima rebat tukar beli RM100, manakala model 55 inci mendapat rebat RM200, dan model terbesar 65 inci pula akan diberi rebat tukar beli RM300. Selain itu, pembelian TV juga akan disertakan bersama braket slim fit (bernilai RM499) dan satu pelekap dinding (bernilai RM280) serta 10 kali ganjaran Samsung Rewards. Samsung juga menawarkan diskaun 5% untuk pembelian pertama dan ansuran pelan 0% selama 36 bulan.



Jika anda berminat untuk dapatkannya, pembelian boleh dibuat di stor Samsung atas talian.

TV Samsung QLED 4K QE1C

TV Samsung QLED 4K QE1C dilengkapkan dengan teknologi Quantum Dot yang mampu untuk memaparkan imej yang cantik dalam resolusi 4K. Paparan TV ini mampu untuk menghasilkan lebih 1 bilion warna, yang menjadikan kandungan dipapar lebih realistik dan terang.

Di samping itu, ciri Quantum HDR di TV ini dapat meningkatkan kontras dan kecerahan imej untuk menawarkan pengalaman menonton yang lebih mengasyikkan, serta sistem audio dengan ciri Object Tracking Sound (OTS Lite) untuk bunyi sekeliling yang padu.

TV ini juga mempunyai rekaan badan nipis dengan teknologi AirSlim. Ia mudah untuk dimuatkan di mana jua ruang sambil mengekalkan estetik yang cantik di persekitaran rumah. Ia juga memiliki ciri pintar dan boleh mengakses pelbagai aplikasi penstriman.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh layari laman Samsung di sini.

Tags: samsungsamsung QLED 4K QE1Csamsung tv
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Samsung perkenal TV QLED 4K QE1C AirSlim sangat nipis, ada promosi penjimatan sehingga RM1,079

Samsung perkenal TV QLED 4K QE1C AirSlim sangat nipis, ada promosi penjimatan sehingga RM1,079

12 September 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER