• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siasatan dapati bateri bukan punca Proton X90 terbakar, semua pemilik diminta hadir untuk pemeriksaan

  • OLEH Najib
  • 5:53 pm
  • 13/09/2023
  • Komen
Proton X90 diperkenal sebagai kereta elektrik hibrid pertama, SUV terbesar Proton dengan 7 tempat duduk
Share on FacebookShare on Twitter

Ingat tak sebulan yang lepas, ada kes Proton X90 terbakar dan ramai berspekulasi mengatakan ia berlaku akibat bateri hibrid di dalam kenderaan. Hari ini, Proton mengeluarkan kenyataan rasmi setelah selesai membuat siasatan dan mendapati, ia tidak berkaitan dengan bateri tersebut.

Menurut Proton, siasatan menyeluruh telah dijalankan oleh Proton dan Geely mendapati, masalah ini berlaku kerana sambungan pembumian pada badan kenderaan. Arus besar pada pembumian boleh menjadikan ia terlalu panas dan mengakibatkan kebakaran kerana terlalu hampir dengan bahan kedap bunyi.



sumber

Sebagai langkah keselamatan, semua pemilik Proton X90 diminta untuk menghubungi mana-mana pengedar Proton 3S/4S untuk pemeriksaan lanjut. Jika perlu, tindakan pembaikan akan dilakukan untuk menutup sebarang risiko yang boleh muncul.

Pemilik Proton X90 boleh membuat temu janji dengan cawangan Proton 3S/4S berhampiran atau hubungi talian bantuan Proton di nombor 1-800-88-8398 untuk mendapatkan bantuan.



Bahagian terbakar di belakang Proton X90 yang tular

Sebagai langkah tambahan, Proton dan pembekal peralatan telah mengambil langkah aktif untuk meningkatkan kawalan proses dan pemeriksaan kualiti di kilang penghasilan Proton X90.

Di akhir kenyataan, Proton menegaskan bahawa bateri hibrid 48V di dalam Proton X90 bukanlah punca masalah ini berlaku. Walaupun begitu, Proton menjamin bahawa kualiti produk dan keselamatan pelanggan menjadi keutamaan syarikat.

Walaupun bateri bukan punca utama, kabel pembumian yang terkesan dalam masalah ini sangat hampir dengan kedudukan bateri. Lebih penting untuk bateri tersebut dilindungi dengan pelbagai aspek keselamatan, supaya tidak terkesan dengan masalah lain yang boleh membawa kepada bahaya bateri tersebut.

Memandangkan penjualan Proton X90 tidak terlalu banyak, Proton sendiri boleh mengambil langkah aktif untuk menghubungi pemilik Proton X90 dan meminta mereka hadir untuk pemeriksaan kenderaan. Ia bukan sahaja meningkatkan keyakinan pengguna, tetapi memberi rasa diberi keutamaan pelanggan seperti yang dinyatakan dalam kenyataan ini.

[Sumber: Proton]

Bacaan Berkaitan

  • Proton masih siasat punca Proton X90 terbakar, tolak kemungkinan bateri hibrid meletup
  • Proton X90 Malaysia: 5 perkara anda perlu tahu tentang SUV terbesar jenama tempatan ini
  • Proton X90 diperkenal sebagai kereta elektrik hibrid pertama, SUV terbesar Proton dengan 7 tempat duduk
  • Proton dan Perodua diminta percepat hasilkan EV lebih murah
Tags: protonProton X90
Najib

Najib

POPULAR

Proton X90 diperkenal sebagai kereta elektrik hibrid pertama, SUV terbesar Proton dengan 7 tempat duduk

Siasatan dapati bateri bukan punca Proton X90 terbakar, semua pemilik diminta hadir untuk pemeriksaan

13 September 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN