• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM sertai Kabel Asia Link, kabel dasar laut sejauh 7,200km hingga ke Hong Kong dengan kapasiti 24Tbps

  • OLEH Najib
  • 4:26 pm
  • 14/09/2023
  • Komen
TM sertai Kabel Asia Link, kabel dasar laut sejauh 7,200km hingga ke Hong Kong dengan kapasiti 24Tbps
Share on FacebookShare on Twitter

TM Global hari ini mengumumkan penyertaan mereka sebagai ahli konsortium Sistem Kabel Asia Link atau Asia Link Cable System (ALC), menghubungkan Malaysia ke Singapura, Brunei, Vietnam, Filipina, China hingga ke Hong Kong SAR. Ia dimeterai menerusi Perjanjian Pembinaan dan Penyelenggaraan atau Construction and Maintenance Agreement (C&MA) dengan semua ahli konsortium yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Tujuh anggota konsortium berkenaan pada masa ini adalah dari rantau ASEAN dan Asia Utara iaitu:



  1. Singapore Telecommunications Limited (Singtel)
  2. Global Transit Singapore Pte. Ltd. (GTS)
  3. China Telecom Global Limited (CTG)
  4. China Telecommunications Corporation (CTC)
  5. Globe Telecom (Globe)
  6. DITO Telecommunity Corporation (DITO)
  7. Unified National Networks Sdn Bhd (UNN)

Mengulas mengenai kerjasama ini, Khairul Liza Ibrahim, Pemangku Naib Presiden Eksekutif TM Global berkata, “Penyertaan kami dalam konsortium ALC menandakan satu lagi kejayaan dalam usaha berterusan TM Global untuk meletakkan Malaysia sebagai hab digital di rantau ini. Malaysia muncul sebagai destinasi utama untuk pelaburan teknologi di rantau ini, khususnya perniagaan pusat data.

“Dengan memanfaatkan lokasi strategik kami, ALC dijangka menarik lebih banyak kabel dasar laut antarabangsa untuk mendarat di Malaysia dan menarik pemain teknologi global untuk memanfaatkan pusat data kami. Ini mengukuhkan usaha kami untuk menyediakan penyelesaian sambungan global yang dipercayai, pelbagai dan tanpa gangguan kepada pelanggan. Ia juga membolehkan kami menyokong pelaksanaan pusat data hyperscalers dengan lebih baik, serta memenuhi keperluan masa hadapan rangkaian 5G di negara ini,” tambahnya.



ALC menjangkau jarak kesuluruhan kira-kira 7,200 km dengan kapasiti reka bentuk awal sebanyak 24Tbps. Di Malaysia, Stesen Pendaratan Kabel atau Cable Landing Station (CLS) untuk ALC akan terletak secara strategik di TM Exchange Kuala Sedili, dan akan memanfaatkan kedudukannya yang berdekatan dengan pusat data Iskandar Puteri TM di Johor. CLS Sedili ialah CLS antarabangsa keenam di negara ini, termasuk Kuala Muda, Morib, Mersing, Cherating dan Melaka. Pembinaannya dijangka siap menjelang 2025.

ALC akan meningkatkan kapasiti pemindahan data sistem kabel dasar laut sedia ada TM dengan ketara, memenuhi permintaan lebar jalur yang semakin meningkat di seluruh rantau ASEAN dan Asia Utara. Tambahan pula, ALC menggunakan reka bentuk sistem kabel terbuka yang boleh disesuaikan dan serasi dengan pelbagai teknologi dan penaiktarafan. Ini meletakkan TM dan ahli konsortium lain di kedudukan yang lebih baik untuk memenuhi permintaan kapasiti data jalur lebar lebih tinggi yang semakin meningkat.

TM kini menyertai 32 sistem kabel dasar laut dengan kerjasama yang menjangkau lebih daripada 340,000 kilometer di seluruh dunia.

Peta Kable Dasar Laut TM sehingga Ogos 2023 (sumber)
Tags: Asia Link Cable SystemKABEL DASAR LAUTSistem Kabel Asia LinkTMTM Global
Najib

Najib

POPULAR

TM sertai Kabel Asia Link, kabel dasar laut sejauh 7,200km hingga ke Hong Kong dengan kapasiti 24Tbps

TM sertai Kabel Asia Link, kabel dasar laut sejauh 7,200km hingga ke Hong Kong dengan kapasiti 24Tbps

14 September 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN