[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]
Kehadiran tablet kepada pengguna biasa pada awalnya dilihat untuk mengisi kekosongan peranti dengan skrin lebih besar daripada telefon pintar. Sedikit demi sedikit, tablet diketengahkan pula sebagai peranti pelbagai guna bagi menyelesaikan tugasan, bekerja serta peralatan hiburan.
Setiap kali pelancaran tablet baru, orang ramai sering dimomokkan dengan naik taraf prestasi. Tetapi tablet generasi baru mengubah tanggapan ini dengan penyelesaian yang memerlukan lebih dari sekadar prestasi tinggi. Untuk memahaminya dengan lebih mendalam, kami huraikan dapatan yang ditemui pada tablet generasi baru.
IP68: Rintang Air & Tahan lasak
Banyak syarikat kini membenarkan pekerja bertugas di mana-mana sahaja, walau di dalam hutan atau di tengah lautan, asalkan tugasan tersebut selesai pada waktunya. Menggunakan Galaxy Tab S9, pengguna tidak perlu risau untuk bekerja di luar rumah. Ia ada ciri IP68, menjadikannya rintang air dan debu. Di samping itu, badannya diperkukuh dengan Armour Aluminium yang lebih tahan lasak daripada biasa. Dengan ini, pengguna tidak perlu risau dengan sedikit hentakan, goresan atau percikan air apabila di bawa ke mana-mana. Malah, ia juga mudah dibersihkan menggunakan air jika ada kekotoran yang sukar ditanggal melekat pada tablet.
Tidak kira di bawah matahari, suasana malam hening di tepi tasik atau hiruk pikuk medan selera waktu tengahari, pengguna Galaxy Tab S9 disajikan dengan prestasi skrin dan bunyi yang tinggi. Ciri Dynamic AMOLED 2X memastikan kelancaran paparan, manakala Vision Booster memberi kecerahan yang diperlukan, di samping tahap Cahaya Biru yang rendah supaya pandangan mata pengguna tidak cepat penat dan lebih terjaga.
Perkara penting yang tidak disedari kebanyakan pengguna adalah keserasian aplikasi. Samsung bekerjasama dengan pelbagai pembangun aplikasi untuk memaksimakan penggunaannya di skrin besar Galaxy Tab S9.
Sebagai contoh, Clip Studio adalah aplikasi animasi dan ilustrasi yang popular yang menyediakan beragam alat dan fungsi untuk mencipta animasi dan ilustrasi berkualiti tinggi. Sementara itu, Luma Fusion adalah aplikasi pengeditan video terkenal yang menawarkan pelbagai alat dan fungsi untuk mengedit video dengan mudah dan berkesan. Aplikasi lain yang boleh digunakan untuk kerja yang berkesan dan efektif, termasuk Adobe Photoshop dan Illustrator.
Semua aplikasi ini boleh digunakan dengan Galaxy Tab S9 untuk meningkatkan produktiviti pengguna. Dengan menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh bekerja lebih cepat dan lebih mudah, dan mereka juga boleh menghasilkan kerja yang lebih berkualiti!
Mudah alih
Laptop juga menjadi pilihan untuk membuat kerja tanpa terikat dengan meja di pejabat. Kerana itu, berat dan saiznya memainkan peranan penting. Dengan badan diperbuat daripada aluminium, ia bukan sahaja menjadikan laptop tersebut tahan lasak, tetapi lebih ringan berbanding badan plastik.
Hal ini menjadikan tablet dilihat maju setapak lebih hadapan. Sudah terbukti bahawa tablet sangat ringan, tidak sampai 1kg serta lebih nipis dan mudah dibawa ke mana-mana. Ini merupakan kelebihan utama tablet yang menjadikannya peralatan kerja generasi baharu.
Cekap kerja
Laptop yang terbaik adalah laptop yang dapat membantu menyelesaikan kerja dengan lebih cekap. Ia bukan bermakna kerja dapat disiapkan dengan cepat sahaja, tetapi tidak memerlukan banyak tenaga kerana kemudahan yang disediakan.
Sering kali laptop menjadi kegemaran untuk menyiapkan kerja kerana ia dilengkapi papan kekunci fizikal, serta skrin yang besar dan cantik dipandang.
Mungkin tidak banyak tablet yang boleh menyediakan kemudahan seperti laptop tetapi bukannya tiada. Salah satu contoh terbaik adalah tablet Galaxy Tab S9 Ultra. Ia ada skrin besar 14.6-inci seperti laptop, tetapi spesifikasi yang jauh lebih baik seperti Dynamic AMOLED 2X, kadar penyegaran 120Hz, resolusi tinggi WQHD, Vision Booster, rendah cahaya biru dan fungsi sentuh.
Malah, Galaxy Tab S9 Ultra datang lengkap dengan papan kekunci dan S Pen. Dengan antaramuka DEX, ia memberi pengalaman penuh seperti menggunakan komputer peribadi. Mengambil nota dengan S-Pen juga mudah diterjemah semula kepada bentuk perkataan. Apatah lagi jika mahu menambah lukisan atau lakaran dalam tugasan.
Tahan Lama & berkuasa tinggi
Laptop sebelum ini memiliki hayat bateri yang singkat. Kini laptop boleh digunakan seharian tanpa perlu dicas, memudahkan kerja secara nomad tanpa perlu berada di satu tempat sahaja. Mengecas juga sangat mudah apabila USB-C mula digunakan secara meluas.
Kalau di tablet, mengecas dengan USB-C sudah lama menjadi amalan. Tetapi lebih penting lagi adalah hayat bateri yang lebih panjang memang telah terbukti. Tablet terbaik Samsung iaitu Galaxy Tab S9 Ultra, dilengkapi bateri berkapasiti 11,200mAh yang sangat besar. Walaupun begitu, ia tidak berkompromi dengan prestasi melalui penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 2 terbaru yang terbukti tinggi prestasi dan cekap tenaga.
Tablet Generasi Baru Melengkapi Cara Kerja Moden
Selepas diteliti semula kelebihan yang terdapat di laptop, sebenarnya semuanya sudah pun sedia ada di tablet Galaxy Tab S9. Jangan samakan pula dengan tablet Android yang lain. Kerana Samsung menyediakan pengalaman seperti laptop di Galaxy Tab S9 menerusi Samsung DEX. Ia juga lengkap dengan papan kekunci dan didirikan untuk digunakan seperti laptop.
Saiz skrin yang besar dan bateri yang tahan lama di Galaxy Tab S9 setaraf dengan laptop masakini, malah mungkin lebih baik lagi. Satu-satunya perkara yang tidak dapat laptop berikan tetapi terdapat di Galaxy Tab S9 adalah kamera berkualiti tinggi.
Cara kerja moden juga telah melangkaui dunia menaip. Pada Galaxy Tab S9, pengguna boleh melukis dan melakar dengan lancar menggunakan perisian seperti Clip Studio Paint bersama S-Pen. Malah, mengedit video dari telefon pintar ke tablet menjadi lebih mudah dan pantas di aplikasi seperti LumaFusion.
Dapatkan Peranti Terbaik Untuk Kerja Moden Anda Sekarang
Jika anda sedang mencari laptop untuk kerja dan hiburan, lebih baik anda dapatkan siri Galaxy Tab S9 sekarang. Samsung menawarkan Book Cover Keyboard dan langganan VIU Premium percuma selama 12-bulan, serta diskaun 30% untuk membeli aksesori, jaminan Care+ Galaxy Watch dan Galaxy buds. Malah, anda boleh mendapat rebat RM100 untuk tukar beli tablet atau laptop kepada Galaxy Tab S9. Promosi ini berjalan sehingga 30 September 2023.
Untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang tablet yang hebat ini, layari laman web Samsung Galaxy Tab S9 sekarang.