• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Cip Apple A17 Pro muncul di Geekbench, prestasi lebih tinggi daripada iPhone 14 Pro

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:40 pm
  • 15/09/2023
  • Komen
Cip Apple A17 Pro muncul di Geekbench, prestasi lebih tinggi daripada iPhone 14 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja beberapa hari lepas Apple melancarkan barisan telefon pintar terbaru mereka iPhone 15. Varian iPhone 15 Pro memperagakan cip terbaru dan terhebat Apple iaitu Apple A17 Pro. Ia cip pertama Apple yang dihasil menggunakan proses 3nm TSMC, dan digerakkan oleh 6 teras dengan 2 daripadanya adalah teras prestasi bersama 4 teras kecekapan.

Apple mendakwa A17 Pro mampu menawarkan prestasi 10% lebih laju berbading A16 Bionic. Dakwaan itu ternyata benar apabila maklumat prestasi cip Apple A17 Pro telah muncul di Geekbench. Sumber GSMArena peroleh tangkap layar markah prestasi A17 Pro di Geekbench 6.



iPhone 15 Pro
iPhone 15 Pro Max

Disenaraikan sebagai iPhone 16,1, iPhone 15 Pro peroleh markah sebanyak 2,908 untuk teras tunggal dan 7,238 bagi pelbagai teras. Ini merupakan peningkatan 16% pada prestasi teras tunggal dan 13% pelbagai teras berbanding iPhone 14 Pro yang mendapat mata 2,500 untuk teras tunggal dan 6,400 untuk pelbagai teras. Manakala untuk iPhone 15 Pro Max, ia memperoleh markah sebanyak 2,846 untuk teras tunggal dan 7,024 untuk pelbagai teras.

Dalam tangkap layar yang sama, ia menunjukkan CPU A17 Pro mencapai pada kelajuan 3.78GHz, yang mana lebih laju daripada cip Snapdragon 8 Gen 2 di Samsung Galaxy S23. Ini menjadikannya cip terlaju yang pernah ada pada cip telefon pintar. Selain itu, penyenaraian di Geekbench juga mendedahkan ia iPhone 15 Pro memiliki RAM 8GB.



Markah pelbagai teras cip Apple

Walau bagaimanapun, butiran berkenaan kecekapan tenaga cip ini masih tandus. Tetapi berdasarkan laman produk iPhone 15 Pro, nampaknya tiada naik taraf pada bahagian kecekapan bateri kerana ia ada masa main balik sehingga 23 jam, sama seperti iPhone 14 Pro.

[Sumber: GSMArena]

Tags: a17 proappleapple iphoneapple iphone 15iphone 15iphone 15 pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Cip Apple A17 Pro muncul di Geekbench, prestasi lebih tinggi daripada iPhone 14 Pro

Cip Apple A17 Pro muncul di Geekbench, prestasi lebih tinggi daripada iPhone 14 Pro

15 September 2023
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN