• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 11x 5G dilancar di Malaysia, boleh dapat percuma di U Mobile

  • OLEH Najib
  • 7:16 pm
  • 15/09/2023
  • Komen
Realme 11x 5G dilancar di Malaysia, boleh dapat percuma di U Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini melancarkan ahli keluarga baru siri Realme 11 iaitu Realme 11x 5G. Ia adalah telefon pintar 5G termurah dilancar Realme tahun ini, dengan harga di bawah RM1,000. Dalam pengumuman ini, Realme 11x 5G diumumkan tersedia hanya di U Mobile. Tetapi ia boleh didapati secara percuma untuk pelanggan U Mobile, sudah pasti dengan kontrak pelan pascabayar.

Harga dan ketersediaan

Telefon 5G termurah Realme ini dijual secara rasmi di Malaysia pada harga berikut:



  • Realme 11x 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999

Telefon ini tidak dijual secara terbuka di kedai, tetapi hanya terdapat di U Mobile sahaja buat masa ini. U Mobile menawarkan pengguna empat pilihan untuk memiliki telefon ini, iaitu dengan dua jenis pelan dan dua tempoh kontrak. Pengguna hanya perlu membayar harga telefon seperti berikut:

  • U Postpaid 98, kontrak 24-bulan – RM0
  • U Postpaid 98, kontrak 12-bulan – RM349
  • U Postpaid 68, kontrak 24-bulan – RM239
  • U Postpaid 68, kontrak 12-bulan – RM439

Selain itu, pelanggan juga perlu membayar pendahuluan pelan 1-bulan semasa pendaftaran. Jika berminat, boleh layari Kedai Online U Mobile atau pergi ke cawangan U Mobile berhampiran.



Pelan U Postpaid 68 berkadar RM68/bulan, menawarkan data pantas 5G/4G sebanyak 200GB dan panggilan tanpa had ke semua talian tempatan. Ia turut menyediakan perayauan percuma di Singapura, Indonesia dan Thailand menggunakan kuota yang serupa.

Untuk pelan U Postpaid 98 berkadar RM98/bulan, ia memiliki 1,000GB data pantas 5G/4G serta panggilan tanpa had ke talian dalam Malaysia. Tetapi lebih baik lagi, U Mobile memberi perayauan data percuma ke 63 negara, tetapi terhad dengan kuota 15GB sahaja.

Spesifikasi Realme 11x 5G

Telefon pintar 5G termurah Realme ini sebenarnya agak serupa dengan abangnya, Realme 11 5G yang dilancar bulan lepas. Kedua-duanya dikuasakan cip Mediatek Dimensity 6100+ 5G 6nm, tetapi adiknya ada RAM dan storan lebih kecil iaitu RAM LPDDR4x 8GB dan storan dalaman 128GB. Kad mikroSD diterima sehingga 2TB.

Dua kamera di belakangnya adalah kamera utama 64MP F1.79 dan kamera potret 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 8MP F2.05, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Skrinnya jenis LCD seluas 6.72-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Ia ada kecerahan setinggi 550 nits dan kecerahan puncak mencecah 680 nits. Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W melalui USB-C.

Speaker hanya mono dan ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm di bawah telefon. Pengimbas capjari ada di dalam butang kuasa di sisi. Sistem operasi yang digunakan adalah Realme UI 4.0 berasaskan Android 13.

Terdapat dua warna ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Hitam dan Ungu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Realme 11x 5G.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 11x 5G akan tiba di Malaysia, jadi telefon 5G termurah dalam keluarganya
  • Realme 11 5G, calon telefon 5G Rahmah dengan kamera 108MP dan pengecas 67W sebagai tarikan
  • Realme 11 Pro 5G: Prestasi tinggi Dimensity 7050 dengan kamera 100MP ProLight
  • Realme 11 Pro+ 5G: Kamera 200MP dengan storan terbesar di bawah RM2,000
Tags: Realmerealme 11Realme 11xRealme 11x 5Gu mobileU Postpaid 68U Postpaid 98
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Realme 11x 5G dilancar di Malaysia, boleh dapat percuma di U Mobile

Realme 11x 5G dilancar di Malaysia, boleh dapat percuma di U Mobile

15 September 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN