• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HP Spectre Foldable, laptop boleh lipat ternipis dunia, harga lebih RM20,000

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:22 am
  • 19/09/2023
  • Komen
HP Spectre Foldable, laptop boleh lipat ternipis dunia, harga lebih RM20,000
Share on FacebookShare on Twitter

Fenomena peranti boleh lipat kini semakin menular keluar daripada telefon dan tembusi kategori komputer. HP telah mengumumkan laptop HP Spectre Foldable untuk terus mengukuhkan cengkaman mereka dalam segmen laptop dengan skrin boleh lipat. Mereka katakan ini adalah laptop boleh lipat ternipis di dunia. Buat yang baru dengar tentang laptop boleh lipat, tahun lepas kami ada reviu sebuah laptop kategori sama iaitu Asus Zenbook 17 Fold OLED.

Berbalik kepada HP Spectre Foldable tadi, laptop ini mempunyai berat keseluruhan 1,624g (dengan papan kekunci) manakala berat paparan semata-mata adalah 1,354g.



Di bahagian paparan, ia ini dilengkapi panel paparan berasaskan OLED sebesar 17”. Panel paparan ini mempunyai panel beresolusi 1920 x 2560 (3:4) dengan sokongan HDR 500. Cakupan DCI-P3 padanya dilapor berada pada paras 99.5% bermakna ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja kreatif yang memerlukan paparan jitu warna.

Paparan ini mempunyai penyangga khas di belakangnya untuk berdiri sendiri dalam keadaan terbuka dan selujruh paparannya digunakan bersama papan kekunci yang berkomunikasi secara wayarles. Tanpa papan kekunci, ia adalah sebuah tablet biasa. Apabila dilipat separa, papan kekunci boleh diletakkan di separuh paparan untuk menjadi laptop konvensional dengan panel paparan segi empat tepat.



Panel paparan yang cantik ini dipadankan dengan sistem kuadspeaker Bang & Olufsen dan menyokong piawiaan DTS:X Ultra serta teknologi HP Audio Boost.

Di atas badan disediakan dua port Thunderbolt 4 yang menyediakan jalur perpindahan seluas 40Gbps. Antara fungsi yang disokongnya adalah seperti USB-PD, DisplayPort 1.4, dan mengecas masuk. Ia bersambung secara wayarles melalui protokol Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3. Berpindah ke papan utama, HP Spectre Foldable adalah sebuah laptop berspesifikasi kelas pertengahan premium.

Ia diperkasa cip Intel Core i7-1250U dengan Intel Iris Xe Graphics sebagai komponen pemproses grafik. Bersama-sama dengan cip tersebut, ia turut dilengkapi RAM 16GB LPDDR5-5200Mhz dan storan seluas 1TB PCIe Gen4 NVMe.

Laptop ini walaupun nipis, ia dilengkpai bateri 94.3Wh yang besar. Ia dicas mengguna pakai blok pengecas 100W dan satu isian penuh boleh berikan waktu guna seihngga 12 jam lamanya.

Produk ini buat masa sekarang dibuka tempahannya untuk pasaran A.S pada harga USD5,000 (~RM23,460). Anda bole layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: hphp spectrelaptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
HP Spectre Foldable, laptop boleh lipat ternipis dunia, harga lebih RM20,000

HP Spectre Foldable, laptop boleh lipat ternipis dunia, harga lebih RM20,000

19 September 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN