Subjek EV sedang meletup-letup dalam pasaran Malaysia sekarang. Tahun ini saja macam-macam jenis kenderaan elektrik dilancarkan. Masalahnya banyak yang ada empat roda. Ada tak yang jenis dua roda? Ada dan salah satu daripadanya ialah Blueshark R1.
Antara yang menarik dengan skuter elektrik ini adalah ia ada kelengkapan elektronik yang canggih seperti dashcam, kamera mengundir, malahan ada sensor pengesan halangan.
Kami di SoyaCincau BM berpeluang untuk meunggang ujinya buat beberapa ketika dan ini adalah reviu kami untuk Blueshark R1.
Bolehkah ia angkut saya daripada Shah Alam ke Kuala Lumpur?
Skuter comel ini diperkasa motor elektrik 5kW ataupun 6.7hp untuk pacu 92kg skuter ini kedepan tidak termasuk berat saya. Tork motor ini dilaporkan pada paras 201Nm. Untuk perbandingan, motorsikal 150cc biasanya ada tork sekitar 15Nm.
Angka tork ini sangat menarik namun ia tidaklah seperti yang saya jangkakan. Walaupun motor ini mempunyai tork yang sangat tinggi, ia direncatkan oleh daya kuasa 5kW yang mampu dioutputkan oleh motor.
Saya juga dapati yang panel paparan yang menunjukkan paras kerja motor skuter ini berlegar sekitar 75% sahaja. 75% daripada 5kW adalah kira-kira 3.75kW yang bermakna motor ini tidak mengeluarkan output maksimum. Berkemungkinan besar had diletakkan untuk tujuan keselamatan.
Untuk makluman anda, skuter ini sah digunakan di atas jalan raya dan saya tunggangnya untuk beberapa hari daripada Shah Alam ke Kuala Lumpur sejah kira-kira 30km sehala dan laluan bercampur jalan biasa dan lebuh raya.
Blueshark R1 lemau di atas lebuh raya tapi cemerlang di tengah bandar
Pertama sekali, saya tak rasa skuter ini sesuai untuk tunggangan di lebuh raya. Pada saya ia bakal jadi road hogger. Bukan masalah top speed 80km semata-mata, tapi tempoh masa yang diambil untuk capai kelajuan itu agak lembab.
Contohnya saya bergerak pada kelajuan 60km/j dan saya ingin potong motorsikal di depan saya. Saya tahu yang skuter ini masih ada lebihan 20km/j untuk saya bergerak lebih laju. Jadi saya beri isyarat memotong dan tukar lorong.
Nak mendaki daripada 60km/j kepada 80km/j, tempoh yang diambil adalah perlahan. Saya nampak motor dari belakang meluru mencucuk dari jauh. Ketika itu saya berdoa doa janganlah motorsikal yang saya sedang potong tadi berasa dengki dan memecut. Habislah saya.
Kalau motor kapcai dengan gear, saya boleh turun gear dan pecutkan tanpa masalah. Pada anggaran saya, untuk memotong ini mengambil masa lebih 10 saat. Itu belum ambil kira motor-motor besar lain yang berdesup potong. Angin yang mereka bawa buatkan saya bergoyang-goyang di laluan kecemasan.
Boleh parkir di mana-mana sahaj. Motor kenit ni tiada masalah untuk mencari tempat parkir. Mengidam nasi lemak Kampung Baru? Saya boleh tiba dalam masa yang singkat hasil menyelinap di celah-celah trafik.Tork daripada pegun ke bergerak memang cukup dan lebih menarik, tak perlu bimbang dah masuk gear ataupun belum, macam skuter biasa.
Blueshar R1 sebuah skuter canggih
Blueshark R1 adalah sebuah skutar yang canggih. Barang-barang elektronik yang dimilikinya tiada hampir di semua skuter petrol separas harganya. Contohnya ia ada panel paparan TFT 10.4” yang besar. Ia ada GPS terbina didalamnya dan speaker Bluetooth.
Speaker Bluetooth boleh diguna untuk keluarkan bunyi enjin fake ataupun mainkan lagu menerusi telefon.Ia juga ada Advanced Driver Assist System (ADAS) yang terdiri daripada dua kamera depan dan belakang dan dua sensor ultrasonik di bahagian belakang.
Kamera depan ini agak menarik kerana ia adalah dashcam terbina yang akan rakam keratan video bila ia kesan perubahan kelajuan mendadak ataupun gegaran yang luar biasa. Ia tidaklah merakam secara loop seperti dashcam biasa. Anda boleh pindahkan keratan video secara wayarles kepada telefon.
Kamera belakang gunanya sebagai sokongan kepada cermin pandang belakang. Bila kita bagi signal kiri atau kanan, paparan akan paparkan suapan daripada kamera untuk kita periksa blindspot yang mungkin ada. Namun pada saya ia kurang berguna kerana kedudukan skrin yang terlalu rendah buatkan saya lenguh leher untuk tunduk. Saya sama ada toleh ke belakang terus ataupun periksa cermin.
Lagi satu masalah yang saya hadapi adalah sudut pandang paparan yang terlalu rata jadikan skrin sentiasa memantulkan imej langit. Sukar untuk lihat maklumat di atas skrin kecuali bila saya lalu di bawah bebayang pokok. Kalau boleh untuk iterasi akan datang, boleh jadikan sedikit condong.
Lagi perkara yang saya nak adu adalah butang-butang. Pertama, ia terasa murah. Kedua, ia tak intuitif. Skuter ini jalankan sistem operasi ArkRide OS yang katanya tercanggih. Tentulah akan ada banyak pilihan menu yang boleh ditekan. Saya yang pertama kali naik skuter ini pening macam mana nak mavigasi antaramuka.
Macam mana nak pergi ke kiri, ke kanan, OK, ubah tetapan. Apa salahnya bagi butang D-Pad atas bawah kiri kanan dan tengah2, butang “OK”. Bukankah ia lebih mudah?
Unit yang kami tunggang uji adalah Blueshark R1. Versi yang lebih murah turut disediakan dan namanya ialah Blueshark R1 Lite. Kekurangan versi Lite berbanding versi yang lebih mahal adalah:
- Paparannya LCD biasa berbanding 10.4” TFT berwarna
- Tiada kamera dashcam depan
- Tiada reverse sensor
Pelbagai cara mengecas Blueshark R1
Blueshark R1 boleh dicas menggunakan plug 3 pin di rumah anda menggunakan pad pengecas khas ataupun sambungkan terus pengecas ke skuter. Kaedah ini mengambil masa sekitar 6 jam untuk diisi penuh.
Namun, cara paling praktikal untuk dapatkan bateri yang bercas penuh adalah tukarkan bateri di stesen-stesen bateri yang disediakan.
Setakat ini ada empat lokasi yang semuanya. Lokasi stesen tukar bateri
- Petronas Desa Mentari
- Petronas Batu 3 Federal
- Petronas Seksyen 13
- Petronas USJ 6
Nak tukar bateri senang saja. Tanggalkan bateri daripada skuter. Bawa ke stesen bateri, Harga kompetetif tapi keras, bermula RM7,190.
Harganya competetif tapi tidaklah murah. Ia ditawarkan pada harga bermula RM7,190 sehingga RM14,800 bergantung kepada konfigurasi. Unit yang anda lihat ini adalah versi premium. Konfigurasi dengan dua bateri adalah berharga RM14,800. Manakala konfigurasi dengan sewaan bateri adalah RM9,390.
Program sewaan bateri adalah RM79/bulan. Itu sewaan beteri. Benar, anda boleh cas bateri di rumah dan anda juga boleh langgan BlueSwap, program tukar bateri di stesen bateri BlueShark.
Ada 4 pelan boleh dipilih:
- BlueSwapFlex – RM1.95/tukaran
- BlueSwapPro – RM139/bulan untuk 120 tukaran
- BlueSwapStandard RM99/bulan untuk 70 tukaran
- BlueSwapLite RM59/bulan untuk 36 tukaran
Agak menarik juga RM1.95/tukaran. Tapi tiba-tiba saya ada fix kos RM79/bulan. Motorsikal petrol biasa, kalau tak guna saya boleh simpan sahaja dalam bangsal tanpa bayaran apa-apa. Itu belum termasuk lagi bayaran pinjaman bulanan kalau saya beli secara ansurans.
Kalau taknak sewa bateri RM79/bulan, saya boleh beli yang RM14,800. Itu baterinya milik saya sepenuhnya. Tapi, tidak layak pula untuk sertai program BlueSwap.
RM14,800 motorsikal versi petrol apa yang anda boleh dapat? Yamaha Y16Z boleh, Honda RSX boleh, Modenas Elegen 250 boleh, Honda Adv160 boleh.
Daripada segi jaminan, ia hadir dengan jaminan selama 2 tahun ataupun 30,000km, perbatuannya agak pendeklah. Bahagian bateri dilindungi jaminan 3 tahun ataupun 30,000. Lagilah pendek. Jenama macam Modenas kawaski bagi 2 tahun tanpa had perbatuan tau? Adakah Blueshark Malaysia tak yakin dengan produk mereka?
Siapakah yang sesuai dengan Blueshark R1?
Blueshark R1 ini adalah satu konsep yang baik tapi saya rasa masih belum sesuai untuk budaya dua roda Malaysia. Kalau anda pergi ke Taiwan ataupun China memang akan nampak banyak EV dua roda di atas jalan-jalan bandar tapi di lebuh raya memang tiada.
Lain pula budaya Malaysia, kita cuma mampu beli satu motorsikal. Itulah akan jadi kenderaan ke tempat kerja, itu jugalah jadi kenderaan untuk beriadah, kadang-kadang perjalanan jarak jauh. Pada saya, kapcai biasa masih lebih praktikal berbanding skuter elektrik ini.
Lebih praktikal daripada segi penjagaan. Kemampuan untuk perjalanan jauh dan dekat. Malahan, kapcai ada lebih banyak aksesori contohnya kotak atas kiri kanan untuk tambah ruang kargo.
Jadi siapa yang sesuai dengan motor ini?
Motor untuk jalan di bandar-bandar, pekan-pekan kecil memang mantap. Letak kotak kat belakang buat delivery barang. Syaratnya jangan keluar ke lebuh raya. Atuk-atuk yang biasa pergi subuh di masjid, sesuai sangatlah motor ni. Nak keluar rumah pun tak ganggu orang lain tidur, meluncur dengan senyap saja, sambil-sambil tu boleh pasang bacaan al-quran dekat speaker.
Harganya saya rasa masih bukan untuk orang kebanyakkan. Area-area M40 ke awal T20 itu mungkinlah. Dah masuk T20, mereka mungkin lihat pada BMW CE-04 yang harga RM70 ribu tu. B40 saya rasa masih setia dengan kapcai.
Kalaulah Blueshark boleh rendahkan harga sedikit, misalnya Blueshark R1 Lite dengan batteries harga RM9,999 pun sudah mantap.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk.