• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Smart Band 8 Active akan datang, tempahan awal hanya RM89

  • OLEH Najib
  • 12:12 pm
  • 19/09/2023
  • Komen
Xiaomi Smart Band 8 Active akan datang, tempahan awal hanya RM89
Share on FacebookShare on Twitter

Gelang pintar Xiaomi merupakan salah satu aksesori kecergasan paling popular dijual kerana harganya yang sangat murah dan bateri tahan lama. Tidak lama lagi, generasi terbaru gelang pintar mereka iaitu Xiaomi Smart Band 8 Active akan dilancarkan di Malaysia.

Harga dan Promosi Tempahan Awal

Buat masa ini, Xiaomi Malaysia masih belum menetapkan tarikh pelancaran Xiaomi Smart Band 8 Active. Tetapi mereka telah membuka tempahan awal untuk peranti kecergasan ini. Ia juga ditawarkan dengan harga lebih murah sepanjang tempoh tempahan awal, dari 18 September sehingga 1 Oktober 2023.



Harga rasmi dan promosi tempahan awal adalah seperti berikut:

  • Xiaomi Smart Band 8 Active – RM129 RM89

Sebanyak RM40 diskaun diberikan semasa tempahan awal. Ia boleh didapati di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.



Spesifikiasi Xiaomi Smart Band 8 Active

Xiaomi telah melancarkan Mi Band 8 di China pada bulan April lepas. Tetapi ia adalah peranti yang berbeza dengan Xiaomi Smart Band 8 Active yang tiba di Malaysia. Antaranya pada saiz skrin, Mi Band 8 ada skrin AMOLED 1.62-inci tetapi Xiaomi Smart Band 8 Active pula dilengkapi skrin LCD 1.47-inci.

Xiaomi menyatakan, Smart Band 8 Active ada 10.5% lebih ruang skrin berbanding Xiaomi Smart Band 8. Xiaomi juga menyediakan lebih 100 muka jam yang boleh ditukar pengguna bila-bila masa mengikut kesesuaian. Muka jam ini boleh dipilih menerusi aplikasi Mi Fitness.

Untuk tali, Xiaomi Smart Band 8 Active menggunakan tali getah TPU yang meliputi seluruh sisi skrin. Tetapi di Mi Band 8, ia menggunakan tali seperti jam biasa dengan mekanisma kunci mudah buka. Badan peranti dikatakan nipis, setebal 9.99mm sahaja.

Bagi fungsi kecergasan, Xiaomi Smart Band 8 Active boleh memantau lebih 50 mod kecergasan, termasuk berenang kerana ia kalis air 5 ATM. Selain memantau degupan jantung pengguna 24/7, ia juga boleh mengesan status tidur pengguna dan memberi cadangan untuk memperbaiki kualiti tidur.

Hayat bateri yang panjang kekal disertakan pada Xiaomi Smart Band 8 Active. Ia boleh bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa, dan sehingga 6 hari untuk kegunaan tinggi. Pengecasan pula boleh dibuat mudah melalui pengecas magnetik di belakang.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi Band 8 alami perubahan fizikal radikal, mampu cerap 150 sukan dengan hayat bateri 14 hari
  • Smart Band 8 akan sertai pelancaran Xiaomi 13 Ultra pada 18 April 2023
  • Xiaomi Smart Band 7, semakin canggih ditambah bacaan VO2 max
Tags: xiaomiXiaomi Smart Band 8 Active
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

20 September 2023
Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

19 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

14 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER