• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:00 pm
  • 19/09/2023
  • Komen
Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, kami selalu senaraikan telefon terbaik mampu milik yang anda boleh dapatkan bawah RM2,000, serta ada juga bawah RM1,200. Tapi untuk kali ini, kita mahu fokuskan pada bahagian kamera telefon pintar sahaja. Jadi dalam artikel ini saya akan senaraikan telefon yang memiliki kamera terbaik bawah RM1,500 untuk tahun 2023 di Malaysia.

Selain itu, anda juga boleh tonton video kami di YouTube.



1. Samsung Galaxy A34 – ada OIS

Samsung sememangnya terkenal kerana memliki sistem kamera yang bagus. Untuk Galaxy A34, ia hadir dengan sistem tri kamera menggunakan kamera utama 48MP bersama OIS, serta mampu zum digital 10 kali. Selain itu, ia juga ada kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 5MP. Selain OIS, Galaxy A34 ni juga memiliki ciri SuperSteady mode atau EIS untuk menstabilkan rakaman video.

Anda boleh dapatkannya di Shopee atau Lazada.



2. Vivo V27 – swafoto autofokus

Telefon Vivo V27 ini ada kamera utama 50MP dengan OIS menggunakan sensor Sony IMX766V. Tapi yang uniknya, ia ada sistem flash lampu lembut yang dipanggil Aura Portrait. Apabila mengambil gambar orang, gambar kulit kelihatan natural dan cantik, dan tak terlampau cerah. Ia juga ada kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kalau anda kaki selfie, kamera hadapan Vivo V27 ini paling hebat kerana ia ada kamera hadapan 50MP berserta autofokus. Agak jarang untuk telefon lain memiliki autofokus pada kamera selfie.

Kalau berminat anda boleh dapatkannya di Shopee atau Lazada.

3. Redmi Note 12 Pro+ – 200MP

Antara semua dalam senarai, Redmi Note 12 Pro+ ini ada megapiksel paling besar pada 200MP menggunakan sensor 1/1.4 inci. Jadi jika anda crop gambar sekalipun, kualiti gambar masih baik dan jelas kerana tahap megapikselnya sangat tinggi. Bukaan apertur lens dia seluas f/1.65 dan ada sokongan OIS. Selain tu, ia juga ada kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Anda boleh buat pembelian di Shopee dan Lazada.

4. Realme 11 Pro – zum lossless

Kalau anda perlukan zum yang baik, Realme 11 Pro adalah pilihan paling bagus. Ia didatangkan dengan kamera utama menggunakan sensor sebesar 100MP yang juga memiliki OIS. Walaupun tidak memiliki kamera telefoto, kamera utamanya mampu zum lossless sehingga 2 kali. Jadi memang sesuai jika anda suka pergi konsert dan mahu mengambil gambar jauh. Untuk potrait, ia ada kamera depth 2MP dan terdapat kamera selfie 16MP di hadapan.

Anda boleh dapatkannya di Shopee dan Lazada.

5. Oppo Reno 8T – ada mikroskop

Telefon terakhir dalam senarai adalah Oppo Reno 8T. Telefon Ini ada sensor yang boleh tahan besar iaitu 108MP dengan bukaan apertur f/1.7. Kekurangan besar pada kamera ini ia tak memiliki OIS. Tapi yang menarik ia ada lens mikroskop 2MP membolehkan anda untuk nak ambil gambar halus macam bulu atau kulit di tangan. Kemudian ia juga ada kamera depth 2MP untuk potret. Malangnya tak ada kamera ultralebar dan fail imejnya agak besar.

Kalau berminat anda boleh dapatkannya di Shopee dan Lazada.

Semua telefon dalam senarai ini adalah telefon pintar dengan kamera terbaik anda boleh dapat bawah RM1,500 di Malaysia sekarang. Tapi bukan semua telefon ada kamera dengan kelebihan yang sama. Jadi anda perlu pilih satu ciri macam contoh kamera dengan megapiksel besar ke, boleh zum jauh, ada kamera mikroskop atau flash yang cantik.

Tags: Oppo Reno 8TRealme 11 Proredmi note 12 pro plussamsung galaxy a34vivo v27
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

19 September 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER