• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fujifilm GFX100 II, kamera medium format berkeupayaan 8K dan 26% lebih ringan daripada sebelumnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:33 am
  • 21/09/2023
  • Komen
Fujifilm GFX100 II, kamera medium format berkeupayaan 8K dan 26% lebih ringan daripada sebelumnya
Share on FacebookShare on Twitter

Fujifilm telah mengemas kini kamera medium format mereka menerusi pengenalan Fujifilm GFX100 II. Daripada materi pengiklanan, ia diketengahkan Fujifilm sebagai kamera yang cemerlang di dalam studio dan juga di luar studio.

Rekaan badannya tidak banyak berubah berbanding GFX100 yang lalu namun dimensinya kini lebih kompak dan ia jadi lebih kompak kerana EVF-nya boleh ditanggalkan sekiranya anda tak perlukannya. Malahan, berat generasi lepas 1,400g telah berjaya dikurangkan kepada 1,030g sahaja.



Antara yang kekal adalah penggunaan monitor LCD 3.2” dengan resolusi 2.36MP .Lagi yang dikekalkan adalah butang-butang fizikal kekal sama di tempat sedia kala kerana perubahan besar berlaku di dalam badannya.

Ia kini diperkasa cip pemproses imej X-Processor 5 yang bawakan pelbagai naik taraf pada keupayaan seblum ini. Misalnya, walaupun ia gunakan sensor CMOS 102MP yang sama, paras ISO minimumnya kini ISO 80 hingga ISO 12,800. Pentasbil imej dalam badan (IBIS) juga dinaik taraf kepada 8 tahap.



Fujifilm GFX100 II kini juga mampu merekod dalam resolusi sehingga 8K dan untuk mengawal selia haba yang terhasil sewaktu beroperasi, aksesori kipas khas boleh dipasang untuk bantu menyejukkan sistem elektroniknya.

Apabila ingin mengambil gambar, ia berkemampuan untuk lakukan tangkapan selanjar sehingga 8 bingkai sesaat tanpa black-out dengan sistem pembidik aktif.

Menggunakan bateri W235 yang sama, hayat bateri dilapor lebih pendek. Berbanding 800 syot mengikut piawian CIPA pada generasi sebelum ini, GFX100 II hanya boleh lakukan 540 syot gunakan kapasiti bateri yang sama.

Buat anda yang berminat untuk dapatkannya, GFX100 II dijual pada harga RM38,888 di Malaysia. Jangan lupa yang ia menggunakan lensa Fujifilm GF dan ada satu lensa baharu turut dilancarkan iaitu GF 55mm F1.7 R WR berharga RM12,298 untuk dipadankan dengan kamera tersebut.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: fujifilmfujifilm gfx
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Fujifilm GFX100 II, kamera medium format berkeupayaan 8K dan 26% lebih ringan daripada sebelumnya

Fujifilm GFX100 II, kamera medium format berkeupayaan 8K dan 26% lebih ringan daripada sebelumnya

21 September 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN