• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iOS 17 kini tersedia, ini 10 ciri menarik yang pasti mengubah cara anda guna iPhone

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:35 am
  • 21/09/2023
  • Komen
iOS 17 kini tersedia, ini 10 ciri menarik yang pasti mengubah cara anda guna iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengeluarkan iOS 17 secara rasmi pada 19 September dan ia kini tersedia dimuat turun untuk pengguna iPhone di Malaysia. iOS 17 buat pertama kalinya didedahkan di acara WWDC pada Jun lepas dan ia membawakan pelbagai ciri baharu yang menarik untuk pengguna manfaat.

Sekadar peringatan, iOS 17 terbaru ini hanya tersedia untuk model iPhone yang dilancar pada tahun 2018 dan ke atas. Ini menjadikan iPhone XR, iPhone XS dan XS Max adalah yang terakhir untuk menyokong sistem operasi ini. Jika anda ada model yang dinyatakan, anda boleh pergi ke tetapan untuk mula mengemas kini ke iOS 17.



Dengan ketersediaan iOS 17 sekarang, anda boleh mencuba sejumlah fitur baru yang diperkenalkan. Di sini saya akan senaraikan 10 ciri yang anda boleh manfaat dengan iOS 17.

1. Contact Poster

Contact Poster membolehkan anda menjadikan gambar profil kenalan terpapar sepenuhnya apabila anda menerima panggilan atau membuat panggilan. Anda boleh menetapkan daripada tiga pilihan sama ada gambar, memoji, atau tipografi. Apabila panggilan masuk, mudah untuk anda cam siapa yang membuat panggilan kerana anda boleh memperibadikan gambar dan nama setiap kenalan megikut kesukaan anda.



2. Mesej di FaceTime

Jika panggilan FaceTime tidak diangkat, anda kini boleh pilih untuk meninggalkan mesej dalam bentuk audio atau video kepada pemanggil. Selepas berdering tamat, akan tersedia pilihan untuk merekod video di skrin. Jadi anda boleh menyampaikan maklumat secara terus dan tidak perlu menunggu bila pemanggil lapang.

3. Check In

Di iMessage, terdapat ciri keselamatan baru yang dipanggil Check In. Ia berfungsi untuk memaklumkan keluarga atau rakan terdekat secara automatik yang anda telah tiba di destinasi dengan selamat. Anda boleh menetapkannya melalui chat di iMessage dengan menekan butang tambah bersebelahan ruang menaip.

Dari situ anda boleh tetapkan lokasi yang nak dituju dan anggaran waktu sampai. Jika tidak sampai pada waktu yang sepatutnya serta ciri Check In tidak dimatikan, penerima akan dinotifikasi. Jadi anda tidak perlu risau dan tertanya-tanya sama ada orang tersayang anda sudah tiba ke destinasi atau tidak.

4. Live Sticker

Sticker boleh dicipta menerusi gambar dengan memisahkan objek dari gambar latar, dan kemudian boleh ditambah ke ruang koleksi Sticker yang baru. Anda juga boleh menambah kesan khas atau animasi bergerak padanya.

Lebih menarik, bukan sahaja gambar, Sticker juga boleh dihasilkan daripada video yang dihentikan, sekali gus membolehkan anda untuk menambahnya ke koleksi Sticker juga. Tak perlu lagi muat turun aplikasi pihak ketiga semata untuk hasilkan Sticker muka kawan anda.

5. NameDrop

Fungsi AirDrop kini telah dipertingkat menerusi ciri yang dinamakan NameDrop. Dengan ini ia membenarkan pengguna bertukar maklumat peribadi dengan hanya mendekatkan kedua iPhone. Amat mudah untuk berkenalan dengan orang baru dan anda tidak lagi perlu menyalin nombor secara manual.

6. Panggil “Siri” sahaja

Memanggil Siri kini lebih mudah di iOS 17. Anda hanya perlu sebut “Siri” untuk mengaktifkannya berbanding “Hey Siri” yang terdahulu. Kuranglah sedikit perkataan yang perlu sebut dan lebih cepat untuk aktifkan Siri.

8. Screen Distance

iPhone akan memberikan amaran jika anda melihat telefon secara dekat lebih daripada 12 inci daripada muka. Ia dikesan menggunakan kamera TrueDepth. Selagi skrin tidak dijauhkan, penggunaan telefon tidak boleh diteruskan. Anda perlu menjauhkan telefon pada jarak yang disyorkan terlebih dahulu untuk teruskan penggunaan. Walaupun nampak macam leceh, tetapi ia dapat bantu penglihatan anda untuk jangka masa panjang.

9. Guna peta secara offline

Aplikasi peta Apple kini membolehkan anda memuat turun maklumat tempat khusus di dalam peta. Jadi anda boleh menggunakan navigasi atau mencari tempat secara luar talian, tanpa bersambung ke internet. Jika perlu lalu di kawasan pedalaman ataupun tempat diluar capaian internet sekalipun, anda pastinya tidak akan sesat.

10. StandBy

iPhone boleh diubah kepada sentiasa hidup ketika mengecas dalam keadaan melintang menerusi “StandBy”. Ciri ini boleh menyajikan maklumat seperti jam, lagu dan beberapa notifikasi lain kepada pengguna. Bagusnya ciri ini anda tidak perlu hidupkan skrin untuk melihat jam atau mengenalpasti lagu yang sedang dimainkan.

Tags: appleios 17
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iOS 17 kini tersedia, ini 10 ciri menarik yang pasti mengubah cara anda guna iPhone

iOS 17 kini tersedia, ini 10 ciri menarik yang pasti mengubah cara anda guna iPhone

21 September 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER