• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Ally lebih murah dengan AMD Ryzen Z1 akan tiba, tetapi tidak dijual di kedai

  • OLEH Najib
  • 7:16 pm
  • 22/09/2023
  • Komen
ROG Ally dilancar di Malaysia, ada diskaun RM2,000 jika dibeli  bersama XG Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Konsol permainan mudah alih Asus ROG Ally telah menggegarkan dunia permainan di Malaysia sebelum ini. Pesaing Steam Deck ini dilancarkan di Malaysia pada harga RM3,299 dan menawarkan banyak hadiah semasa jualan awal, sehingga ramai yang sanggup beratur dari waktu malam untuk memilikinya.

Kini Asus mengumumkan, versi ROG Ally yang lebih murah telah dilancarkan dan akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Walaupun lebih murah, sebenarnya hanya ada 1 perbezaan pada model baru ini berbanding ROG Ally yang telah dijual sebelum ini. Ia menggunakan pemproses AMD Ryzen Z1, lebih rendah prestasi berbanding AMD Ryzen Z1 Extreme.



Harga dan Ketersediaan

Laman web Asus Malaysia pula telah memaparkan harga untuk ROG Ally Z1 iaitu:

  • ROG Ally Z1 (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM2,799

Asus Malaysia masih belum menyatakan tarikh jualan untuk ROG Ally Z1 yang baru ini. Tetapi apa yang dijelaskan adalah, ia hanya akan terdapat secara eksklusif menerusi syarikat telekomunikasi (telco) Malaysia sahaja. Mungkin pengguna perlu melanggan pelan bersama kontrak untuk membelinya.



Spesifikasi ROG Ally Z1

Semua perkakas dan peralatan yang terdapat di ROG Ally Z1 Extreme adalah sama dan serupa untuk ROG Ally Z1. Termasuk RAM LPDDR5 sebanyak 16GB dan storan SSD PCIe 4.0 seluas 512GB. Yang berbeza hanyalah pemproses yang digunakan.

Pemproses AMD Ryzen Z1 Extreme memiliki CPU Zen4 4nm dengan 8-teras dan 16-bebenang, bersama cache berjumlah 24MB dan kelajuan pecutan sehingga 5.10 GHz. Grafik pula adalah AMD RDNA 3, yang memiliki 12 CU dengan kelajuan sehingga 2.7GHz.

Pemproses AMD Ryzen Z1 juga menggunakan CPU Zen4 4nm tetapi hanya ada 6-teras dan 12-bebenang. Jumlah cache juga lebih rendah, hanya 24MB dan kelajuan dipecut sehingga 4.90 GHz. Grafik juga menggunakan AMD RDNA 3, tetapi dengan 4 CU berkelajuan sehingga 2.5GHz. Boleh dikatakan, kuasa pemproses dan grafik di ROG Ally Z1 memiliki perbezaan yang agak ketara.

Selain itu, ROG Ally menggunakan sistem operasi Windows 11, dengan skrin IPS LCD 7-inci beresolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Terdapat dua pembesar suara stereo yang menembak ke hadapan, menyokong teknologi Dolby Atmos.

Bateri berkapasiti 40Whr dipasang di dalamnya. Pengecasan pula boleh dilakukan menerusi sambungan USB-C dengan kuasa sehingga 65W. Tambah menarik apabila ROG Ally menyokong sambungan ke GPU luar ROG XG Mobile, menjadikannya sebuah komputer berkuasa tinggi untuk memainkan tajuk permainan AAA dengan lancar.

Anda boleh mengenali ROG Ally dengan lebih lanjut menerusi video ulasan kami di bawah ini:

Bacaan Berkaitan

  • Asus ROG Ally: Semua perkara yang perlu anda tahu tentangnya
  • ROG Ally dilancar di Malaysia, ada diskaun RM2,000 jika dibeli bersama XG Mobile
  • Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599
Tags: asusAsus ROG Ally
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
ROG Ally dilancar di Malaysia, ada diskaun RM2,000 jika dibeli  bersama XG Mobile

ROG Ally lebih murah dengan AMD Ryzen Z1 akan tiba, tetapi tidak dijual di kedai

22 September 2023
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER