• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Surface Go 4 for Business: Tablet Microsoft untuk pengkomputeran awan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:30 pm
  • 22/09/2023
  • Komen
Surface Go 4 for Business: Tablet Microsoft untuk pengkomputeran awan
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft telah memperkemas barisan Surface for Business mereka dengan penawaran beberapa produk baharu. Berikut adalah senarai produk-produk tersebut:

  • Surface Laptop Studio 2 for Business
  • Surface Laptop Go 3 for Business
  • Surface Go 4 for Business

Perlu diingatkan yang produk Surface for Business biasanya lebih mahal daripada versi komersial biasa. Antara perbezaan versi perniagaan berbanding versi komersial adalah ia menjalankan sistem operasi Windows versi Pro berbanding versi Home.



Spesifikasi Surface Go 4 for Business

Surface Go 4 adalah tablet dalam keluarganya. Ia seperti sebuah iPad yang ada Magic Keyboard. Namun, spesifikasinya mentahnya tidaklah mampu menandingi iPad terutamanya pada bahagian CPU.

Tapi sebelum itu, Surface Go 4 adalah tablet yang ada panel paparan sebesar 10.5”. Panel paparan ini mengandungi resolusi 1920 x 1280 peka sentuhan dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3. Selain menggunakan jari, anda turut boleh conteng di atas permukaan paparan menggunakan Surface Pen, Classroom Pen 2, dan Surface Pen for Business. Sistem audio Surface Go 4 dikendalikan oleh sepasang speaker berteknologi Dolby Audio Premium.



Atas papan utama, Surface Go 4 ditunjangi cip Intel Processor N200. Ini adalah cip Intel 6W daripada keluarga Intel 7 dan ia mengandungi 4 teras serta 4 bebenang pemproses. CPU ini dipadukan bersama RAM 8GB LPDDR5 dan pilihan storan UFS antara 64GB, 128GB ataupun 256GB.

Penawaran portnya agak baik. Nda terima USB-C 3.1, mikro-SD, dan jek audio 3.5mm untuk kemudahan. Info kapasiti bateri tidak dikongsikan oleh Microsoft sebaliknya hayat baterinya dilapor pada 12.5 jam.

Benar spesifikasi Surface Go 4 agak rendah dan hanya sesuai untuk tugasan-tugasan ringas. Namun, Microsoft menujukan laptop ini untuk mengguna pengkomputeran awan Windows 365.

Satu perkara menarik tentang Surface Go 4 for Business adalah versi komersialnya tidak pula diumumkan. Jadi, maklumat harganya juga tidak boleh kita anggarkan. Sebagai perbandingan, Surface Go 3 masuki Malaysia dalam tahun 2021 pada harga RM1,888.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: MicrosoftMicrosoft Surfacemicrosoft surface go 4Microsoft Surface Laptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Surface Go 4 for Business: Tablet Microsoft untuk pengkomputeran awan

Surface Go 4 for Business: Tablet Microsoft untuk pengkomputeran awan

22 September 2023
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER