• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Surface Laptop Go 3 for Business: CPU lebih segar dengan pilihan storan lebih besar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:30 pm
  • 22/09/2023
  • Komen
Surface Laptop Go 3 for Business: CPU lebih segar dengan pilihan storan lebih besar
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft telah memperkemas barisan Surface for Business mereka dengan penawaran beberapa produk baharu. Berikut adalah senarai produk-produk tersebut:

  • Surface Laptop Studio 2 for Business
  • Surface Laptop Go 3 for Business
  • Surface Go 4 for Business

Perlu diingatkan yang produk Surface for Business biasanya lebih mahal daripada versi komersial biasa. Antara perbezaan versi perniagaan berbanding versi komersial adalah ia menjalankan sistem operasi Windows versi Pro berbanding versi Home.



Spesifikasi Surface Laptop Go 3 for Business

Surface Laptop Go adalah siri laptop konvensional mampu milik daripada Microsoft. Untuk kali ini, Surface Laptop Go 3 for Business membawakan beberapa naik taraf menarik yang bakal melicinkan kerja penggunanya.

Surface Laptop Go 3 adalah sebuah laptop 12.4” dengan panel paparan 1536 x 1024. Nisbah paparannya masih 3:2 namun resolusinya agak menyedihkan dalam tahun 2023 kerana ia masih belum masuki kategori HD Penuh. Sungguhpun begitu, ia masih kekalkan ciri peka sentuhan dengankecerahan paparan mencecah 320 nits dan ia dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3.



Disebabkan ia adalah produk mampu milik, cip pemprosesnya sedikit berusia iaitu Intel Core i5-1235U iaitu cip tahun pemproses tahun 2022. Bersama-sama dengan CPU tersebut, pengguna ada pilihan sama ada RAM 8GB ataupun 16GB dan konfigurasi storan antara 128GB, 256GB, ataupun 512GB.

Seperti biasa, Surface Laptop Go 3 lebih memfokuskan pada mobiliti. Beratnya cuma 1.13kg dengan kenipisan 1.57cm sahaja. Walaupun nipis, penawaran port-nya agak lumayan untuk laptop sekompak ini. Anda terima port USB-C 3.2, USB-A 3.1, dan satu jek audio 3.5mm.

41Wh adalah kapasiti bateri Surface Laptop Go 3 dan ia dicas menggunakan Surface Connector 39W atau ia juga boleh dicas melalui port USB-C menggunakan piawaian Power Delivery.

Harga Surface Laptop Go 3 for Business tidak dikongsikan, namun Surface Laptop Go 3 versi komersial dibuka tempahannya dalam pasaran A.S pada tanda harga USD800 (~RM3,751) (RAM 8GB + storan 256GB) dan USD1,000 (~RM4,689) (RAM 8GB + storan 256GB). Varian-varian lain tidak pula disenaraikan, mungkin di kemudian hari.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Microsoftmicrosoft laptop go 3Microsoft SurfaceMicrosoft Surface Laptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Surface Laptop Go 3 for Business: CPU lebih segar dengan pilihan storan lebih besar

Surface Laptop Go 3 for Business: CPU lebih segar dengan pilihan storan lebih besar

22 September 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN