• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Mini 4 Pro warisi ciri keselamatan siri Mavic dan kini terbang lebih lama

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:41 am
  • 26/09/2023
  • Komen
DJI Mini 4 Pro warisi ciri keselamatan siri Mavic dan kini terbang lebih lama
Share on FacebookShare on Twitter

Pencipta kandungan sana yang sedang mencari sebuah dron berkamera yang kompak dan selamat, DJI ada solusinya. DJI Mini 4 Pro adalah dron paling kecil yang ada sistem keselamatan keliling dan kamera berprestasi tinggi.

Naik taraf yang dibawakan DJI untuk Mini 4 Pro berbanding Mini 3 Pro banyak tertumpu kepada sistem keselamatannya. Tapi sebelum itu, apa yang dikekalkan adalah kamera.



DJI Mini 4 Pro masih mengekalkan kamera yang boleh dikalih posisinya daripada melintang ke menegak, seperti Mini 3 Pro tempoh hari. Maanfaatnya adalah anda tak perlu crop video untuk dijadikan video menegak. Kameranya terdiri daripada sensor CMOS 1/1.3” dengan resolusi 48MP.

Ia mampu merekod dalam resolusi sehingga 4K60 ataupun gerak perlahan sehingga 1080p200. Seperti biasa, format DNG dan juga HLG/D-Log M disediakan untuk anda yang lebih professional.



Lagi yang dikekalkan adalah bateri. Bateri daripada Mini 3 Pro boleh diguna pakai pada Mini 4 Pro dan DJI turut memperkenalkan satu bateri baharu iaitu Intelligent Flight Battery Plus yang boleh panjangkan waktu penerbangan daripada 34 minit kepada 45 minit. Namun, ia menjadikan jisim dron keseluruhan melebihi 249g iaitu had berat pelepasan dron rekreasi tanpa lesen di sesetengah pasaran.

Seperti yang dikatakan tadi, naik taraf signifikan boleh anda temukan pada bahagian sistem Adanced Pilot Assist System (APAS). Ini adalah DJI Mini pertama dengan Omnidirectional Obstacle Sensing. Ia boleh mengesan halangan daripada semua arah yang jadikan proses menerbangkan dron jadi lebih mudah untuk anda fokus pada rakaman kandungan.

Protokol komunikasi dron dengan pad kawalan juga telah ditambah baik. Mini 4 Pro kin igunakan teknologi DJI O4 yang boleh berikan suapan video sehingga 20km jauh dalamr esolusi 1080p60.

Secara ringkasya, DJI Mini 4 Pro boleh terbang lebih selamat dan disebabkan ia dron paling kompak yang ada APAS, ia juga adalah dron bertahap mobiliti paling tinggi dengan kemampuan kamera yang baik untuk pencipta kandungan.

Harga jualan DJI Mini 4 Pro adalah bermula RM3,399 anda boleh bayar RM4,189 untuk dapatkan pad kawalan DJI RC2. Apa yang anda dapat adalah:

  • DJI Mini 4 Pro
  • DJI RC-N2 Remote Controller / DJI RC2 Remote Controller
  • DJI Mini 4 Pro Intelligent Flight Battery x 1
  • Bilah rotor x 2 set
  • Pelindung gimbal

Ia juga ditawarkan dalam Fly More Combo. Pakej RM4,599 akan berikan, diatas aksesori pakej asas tadi:

  • DJI Mini 4 Pro Intelligent Flight Battery x 3
  • Bilah rotor x 3 set
  • DJI Mini Shoulder Bag
  • DJI Mini 4 Pro/Mini 3 Two-Way Charging Hub

Pakej RM4,889 akan berikan, diatas pakej asas tadi:

  • DJI Mini 4 Pro Intelligent Flight Battery Plus x 3
  • Bilah rotor x 3 set
  • DJI Mini Shoulder Bag
  • DJI Mini 4 Pro/Mini 3 Two-Way Charging Hub

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

[Hands-on] DJI Osmo Action 4: Siapa yang sesuai belinya?

DJI Air 3 Malaysia: Terbang lebih lama, lebih selamat, dan lebih versatil

DJI Mavic 3 Pro perkenal 3 kamera (24mm, 70mm & 166mm) ke dalam dron

Tags: djidji minidji mini 4 prodron
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DJI Mini 4 Pro warisi ciri keselamatan siri Mavic dan kini terbang lebih lama

DJI Mini 4 Pro warisi ciri keselamatan siri Mavic dan kini terbang lebih lama

26 September 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN