• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LinkBuds S x Olivia Rodrigo ada EQ khas untuk dengar album GUTS dan SOUR

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:15 pm
  • 27/09/2023
  • Komen
LinkBuds S x Olivia Rodrigo ada EQ khas untuk dengar album GUTS dan SOUR
Share on FacebookShare on Twitter

Sony LinkBuds S bukanlah satu produk baharu. Ia sudahpun berada dalam pasaran sejak 2022 lagi. Tapi, LinkBuds S x Olivia Rodrigo, ya, satu produk baharu hasil kerjasama jenama itu dengan selebriti terkenal Olivia Rodrigo.

Fon putik edisi istimewa ini direka khas untuk peminatnya mendengar keseluruhan album “GUTS” dan “SOUR” di platform penstriman muzik pilihan mereka kerana telah hadir dengan EQ khas dengan antaramuka yang telah dipilih sendiri oleh Olivia.



Warna tema ungu, warna kegemaran Olivia juga diterapkan pada fon putik ini. Setiap LinkBuds S x Olivia Rodrigo hadir dengan corak unik dan tidak sama dengan unik lain dan sebahagian besar badannya diperbuat daripada bahan kitar semula.

Selain darida EQ dan warna, lain-lain komponen LinkBuds S masih kekal. Berat keseluruhannya cuma 4.8g dan adalah fon putik dengan ANC dan sokongan audio Hi-Res terkecil di dunia. Ia dipacu unit audio bersaiz 5mm dengan teknkologi Edge-AI yang katanya boleh nyahkod audio beresolusi tinggi secara masa nyata.



Berikut adalah antara ciri menarik LinkBuds S:

  • Atas papan utama ada cip Pemproses V1
  • Penyaring hingar aktif (ANC)
  • DSEE Extreme untuk memainkan fail termampat sebaik fail asal.
  • Sokongan Hi-Res Audio meggunakan codec LDAC.
  • Sokongan pembantu maya Google dan Alexa.
  • Sokongan audio 360 spatial

Laman rasmi Sony Malaysia telah menyenaraikan LinkBuds S x Olivia Rodrigo pada harga RM599. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Sonysony linkbuds s
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LinkBuds S x Olivia Rodrigo ada EQ khas untuk dengar album GUTS dan SOUR

LinkBuds S x Olivia Rodrigo ada EQ khas untuk dengar album GUTS dan SOUR

27 September 2023
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN