• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Realme Buds T300, fon putik ANC ‘Titanium’ sangat murah, di bawah RM200

  • OLEH Najib
  • 5:06 pm
  • 27/09/2023
  • Komen
Realme Buds T300, fon putik ANC ‘Titanium’ sangat murah, di bawah RM200
Share on FacebookShare on Twitter

Selain telefon pintar Realme C51 dengan Mini Capsule seperti iPhone 15, Realme Malaysia hari ini turut mengumumkan ketibaan fon putik baru, Realme Buds T300. Ia meneruskan tawaran fon putik Realme yang lebih murah dan mampu milik untuk orang ramai.

Antara tarikan fon putik Realme Buds T300 ini adalah sokongan penyaring hingar aktif (ANC), pemacu bunyi bersalut titanium dan kependaman super rendah. Paling penting, harganya sangat murah berbanding fon putik ANC lain.



Harga dan ketersediaan

Orang ramai boleh mula mendapatkan fon putik Realme Buds T300 mulai hari ini, 27 September 2023. Ia dijual di pengedar sah Realme, Realme Brand Store, serta atas talian di Lazada, Shopee dan TikTok.

Harga jualannya di Malaysia adalah RM199 sahaja. Ini adalah lebih murah berbanding fon Putik Realme Buds Air 5 (RM299) dan Realme Buds Air 5 Pro (RM399) yang dilancar sebelum ini.



Spesifikasi Realme Buds T300

Bunyi berkualiti yang dihasilkan fon putik Realme Buds T300 dijana oleh pemacu bunyi Bass Dinamik sebesar 12.4mm dan disalut titanium. Ini lebih besar berbanding pemacu 10mm di Buds T100, membolehkan ia meluahkan bunyi bass lebih dalam dan medan bunyi seakan panggung teater selain bunyi vokal yang jelas merentasi pelbagai frekuensi. Realme juga menerapkan pengalaman Audio Spatial 360° menerusi algoritma audio spatial yang terbina di dalamnya.

ANC di dalam Buds T300 mampu menyingkirkan bunyi sehingga 30db melalui empat mikrofon yang terbina di dalam putik. Realme menyatakan, dengan sokongan Dolby Atmos ia boleh menapis hingar yang nyaring untuk memastikan pengguna boleh menikmati detik bersendirian tanpa diganggu bunyi sekeliling.

Sambungan wayarles di Buds T300 menggunakan Bluetooth 5.3, untuk sambungan pantas, stabil dan kurang gangguan. Malah, ia boleh mencapai kependaman sepantas 50ms semasa bermain game.

Untuk mengecas, Buds T300 menggunakan port USB-C. Pengecasan selama 10 minit membolehkan pengguna menikmati lagu sehingga 7 jam. Manakala pengecasan penuh, memberi masa penggunaan di putik sehingga 6 jam dengan ANC aktif, atau 8 jam ANC dimatikan. Bersama bekas pengecas pula, ia boleh digunakan sehingga 30 jam ANC aktif dan 40 jam ANC dimatikan.

Dengan kekalisan percikan air dan debu IP55, Realme Buds T300 sesuai digunakan penggemar aktiviti kecergasan yang berpeluh, atau berjalan di bawah hujan renyai. Berat putik hanya 4.1g dan tidak membebankan telinga pengguna untuk penggunaan yang lama.

Realme menawarkan Buds T300 dalam dua warna, antara hitam dan putih. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Realme Buds T300.

Bacaan Berkaitan

  • Realme Buds Air 5 Pro, dwi-pemacu audio dengan ANC sehingga 50db
  • Huawei Freebuds SE 2, fon putik mampu milik dengan bateri sehingga 9 jam di putik dan 40 jam bersama bekas
  • Redmi Buds 4 Active, fon putik baru dengan harga sangat murah dan hayat bateri 28 jam
Tags: Realmerealme BudsRealme Buds T300
Najib

Najib

POPULAR

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

3 November 2023
SMTrack sanggah kaitan mereka dengan pelaksanaan RFID di Plaza Tol

Ini sebab kenapa ada TNG RFID luput 31 Januari 2024

27 November 2023
Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1

iPhone terpakai yang berbaloi untuk dibeli sekarang

25 November 2023
Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

21 November 2023
Realme Buds T300, fon putik ANC ‘Titanium’ sangat murah, di bawah RM200

Realme Buds T300, fon putik ANC ‘Titanium’ sangat murah, di bawah RM200

27 September 2023
TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

27 November 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER