• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Tesla Destination Charger pertama Malaysia dikesan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:32 am
  • 27/09/2023
  • Komen
Tesla Destination Charger pertama Malaysia dikesan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
Share on FacebookShare on Twitter

Sunway Putra Mall Kuala Lumpur didapati sedang membangunkan Tesla Destination Charger. Ini adalah stesen EV pertama seumpamanya di Malaysia. Ia sedikit berbeza dengan Tesla Supercharger yang kita lihat sedang beroperasi di Pavilion KL tempoh hari.

Anda boleh temui Tesla Destination Charger di tingkat B2 Sunway Putra Mall dan dapati reruai pengecasnya adalah lebih kecil berbanding Supercharger. Hal ini kerana, Destination Charger menggunakan pengecas AC sama yang diguna pakai sekiranya anda beli wall-plug untuk dipasang di rumah.



Untuk pengecasan AC, anda boleh jangkakan output sekurang-kurangnya 11kW iaitu had maksimum pengecasan AC untuk Model 3 dan Model Y yang bakal masuki Malaysia tak lama lagi. Sebagai perbandingan, pengecas DC Supercharger mampu mengepam masuk sehingga 250kW.

Sementara Supercharger digunakan untuk mengecas kereta dalam kadar yang pantas, Destination Charger ditujukan kepada yang ada banyak masa untuk mengecas. Contohnya, anda pergi ke pusat beli belah dan perlu parkir kenderaan selama 1 jam. Mengecas sejam mungkin boleh tambah sekitar 71km pada jarak kembara Tesla anda.



Contoh Tesla Supercharger

Manfaat lain pengecasan AC adalah kadar pengecasan biasanya lebih murah berbanding DC. Contohnya Gentari mengenakan bayaran RM1.70/kWh untuk pengecas 350kW dan RM0.90/kWh untuk pengecas AC.

Tesla Supercharger pula mengenakan RM1.25/kWh dan jangkakan pengecasan AC lebih murah berbanding SuperCharger. Selain itu, perlu diingatkan yang anda masih perlu bayar caj letak kenderaan apabila masuki premis yang menyediakan Destination Charger ini.

Tags: EVTeslatesla destination chargerTesla Supercharger
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tesla Destination Charger pertama Malaysia dikesan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

Tesla Destination Charger pertama Malaysia dikesan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

27 September 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN