• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ada bank umum caj transaksi sehingga 0.5% bila guna DuitNow QR

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:12 am
  • 28/09/2023
  • Komen
eBeliaRahmah: MOF jawab kenapa GrabPay, ShopeePay dan BigPay tidak dipilih untuk pemberian eWallet RM200
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa bank dilapor telah menguar-uarkan tentang pelaksanaan fi transaksi DuitNow QR (DNQR) tak lama lagi. Misalnya, wakil rakyat Mengkibol, Johor memohon campur tangan Bank Negara dalam isu Public Bank yang akan mengenakan fi transaksi bermula 14 September dalam julat 0.25% dan 0.5% kepada transaksi DNQR sementara seorang pengguna X berkongsikan tangkap layar emel yang diterima daripada RHB tentang caj tersebut yang akan bermula 1 November 2023.

Sumber

Fi transaksi ini dikenakan terhadap semua pembayaran yang diterima penjual menerusi DNQR. Bahasa ringkasnya adalah sekiranya penjual berjaya membuat jualan sebanyak RM100,000 pada bulan itu dan semua pelanggannya gunakan DNQR, fi transaksi yang akan dikenakan pihak bank kepada penjual tersebut adalah sehingga RM500.



Berdasarkan pemakluman RHB, caj 0.25% dikenakan untuk transaksi DNQR yang mengambil dana daripada akaun simpanan ataupun semasa manakala 0.5% dikenakan untuk transaksi DNQR menerusi kad kredit.

Walaupun caj ini tidak akan memberi kesan kepada harga barang secara langsung kepada pihak pengguna, penjual pastinya tidak ingin menanggung fi transaksi ini keseorangan. Daripada mereka menyerap kos tambahan ini, mereka boleh sahaja menaikkan harga barang atau dalam erti kata lain, memindahkan kos ini kepada lapisan pengguna.



Buat masa ini, hanya Public Bank dan RHB disahkan telah/akan mengenakan fi transaksi ini. Sementara CIMB Bank mengumumkan fi transaksi DNQR kekal pada 0% sepanjang tahun ini yang bermakna pihak bank mungkin menyerap kos tambahan ini.

Menurut tangkap layar daripada RHB, disebabkan ini adalah perubahan kepada keperluan kawal selia Bank Negara ke atas struktur harga perkhidmaan DuitNow QR merentasi bank, tidak mengejutkan bank-bank lain akan mengenakan caj yang sama tak lama lagi.

Tags: duitnowDuitNow QR
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
eBeliaRahmah: MOF jawab kenapa GrabPay, ShopeePay dan BigPay tidak dipilih untuk pemberian eWallet RM200

Ada bank umum caj transaksi sehingga 0.5% bila guna DuitNow QR

28 September 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER