• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet dengan skrin kertas, Huawei Matepad 11 PaperMatte Edition akan dilancar bersama Huawei Watch GT 4 dan FreeBuds Pro 3

  • OLEH Najib
  • 5:52 pm
  • 29/09/2023
  • Komen
Tablet dengan skrin kertas, Huawei Matepad 11 PaperMatte Edition akan dilancar bersama Huawei Watch GT 4 dan FreeBuds Pro 3
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia telah bersiap sedia untuk melancarkan jam pintar terbaru mereka, Huawei Watch GT 4. Jam pintar yang datang dalam dua saiz dan pelbagai jenis tali jam ini akan diperkenal bersama dua lagi produk Huawei yang baru.

Majlis pelancaran barisan produk baru Huawei di Malaysia akan diadakan pada 5 Oktober 2023. Pada hari tersebut, Huawei Malaysia akan mengumumkan harga dan ketersediaan jam pintar Huawei Watch GT 4, tablet Huawei MatePad 11 PaperMatte Edition serta fon putik Huawei FreeBuds Pro 3.



Huawei Watch GT 4 akan datang dalam dua saiz, 46mm dan 41mm dan ditawarkan dalam pelbagai jenis tali seperti getah dan besi. Ia menampilkan rupa bergaya dengan badan daripada keluli tahan karat, dengan rekaan oktagon bagi model 46mm dan loket bulat untuk model 41mm.

Tablet Huawei MatePad 11 PaperMatte Edition pula adalah tablet yang serupa dengan MatePad 11 sedia ada, tetapi skrinnya ditukar kepada jenis Matte. Ini memberikan ia rasa seperti kertas dan pengalaman menulis atas skrin seperti kertas. Di samping itu, skrin ini tidak memantulkan cahaya dan lebih mudah dilihat di bawah cahaya seperti matahari.



Fon putik Huawei FreeBuds Pro 3 pula adalah fon putik berkualiti tinggi. Ia dilengkapi dwi-pemacu bunyi premium dan menyokong audio hi-res wayarles L2HC 2.0 dan LDAC. Selain itu, ia juga mampu menyaring hingar secara aktif (ANC). Hayat bateri pula sehingga 6.5 jam di putik dan sehingga 31 jam bersama bekas pengecas.

Harga dan ketersediaan produk di atas akan diketahui pada 5 Oktober 2023. Sementara itu, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman produk Huawei Watch GT 4, Huawei MatePad 11 PaperMatte Edition dan Huawei FreeBuds Pro 3.

Tags: HuaweiHuawei FreeBuds Pro 3Huawei MatePad 11Huawei Watch GT 4
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Tablet dengan skrin kertas, Huawei Matepad 11 PaperMatte Edition akan dilancar bersama Huawei Watch GT 4 dan FreeBuds Pro 3

Tablet dengan skrin kertas, Huawei Matepad 11 PaperMatte Edition akan dilancar bersama Huawei Watch GT 4 dan FreeBuds Pro 3

29 September 2023
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN