• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kempen #JanganKenaScam dilancar untuk tingkat kesedaran rakyat tentang penipuan atas talian

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:31 pm
  • 04/10/2023
  • Komen
Kempen #JanganKenaScam dilancar untuk tingkat kesedaran rakyat tentang penipuan atas talian
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan peningkatan kes scam yang membingbangkan pada masa kini, Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) bersama Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) telah bekerjasama untuk melancarkan kempen #JanganKenaScam bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkenaan scam.

Kempen #JanganKenaScam ini adalah versi terbaru dari kempen awal yang telah kerajaan perkenalkan pada tahun 2022. Kali ini, ia dilaksanakan dalam skala yang lebih besar, dan dituju bukan sahaja untuk kawasan bandar malah untuk kawasan luar bandar. Semasa kempen berjalan, kerajaan akan mengadakan pameran maklumat bagi tujuan untuk mendidik rakyat tentang pengetahuan anti-scam.



Kempen ini disempurnakan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour. Ketika dalam ucapan pembukaan, beliau berkata, “Kesedaran awam tetap menjadi pertahanan paling penting buat kita. Mendidik orang awam tentang penipuan adalah usaha berterusan yang patut diberikan keutamaan”, ulas beliau.

Di samping itu, kempen ini juga adalah sebahagian daripada langkah berterusan industri perbankan untuk mengurangkan penularan kes scam di Malaysia. Pada awal tahun ini, terdapat 5 langkah keselamatan yang diperkenal oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memerangi scam. Ianya termasuk:



  • Peralihan daripada kata laluan sekali SMS (OTP)
  • Peningkatan peraturan sistem untuk mengesan penipuan
  • Perlaksanaan penungguan tempoh pengesahan untuk pendaftaran perbankan dalam talian kali pertama
  • Sekatan pengesahan selamat kepada satu peranti
  • Penyediaan talian khusus untuk laporan penipuan kewangan.

Sementara itu, pengerusi AMB, Dato’ Khairussaleh Ramli mengatakan, “kempen ini mampu menyediakan saluran yang membolehkan orang ramai memahami teknik-teknik manipulasi yang digunakan oleh pelaku scam. Kami menggalakkan orang ramai berjuang bersama kami dalam memerangi penipuan dan menghapuskan aktiviti scam”.

Dalam pada itu, kempen ini juga memperlihatkan usaha sama industri perbankan, serta pihak berkepentingan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (MCMC) untuk meluaskan capaian kempen #JanganKenaScam yang terkini dengan matlamat untuk memperkasakan pengetahuan rakyat agar sentiasa berwaspada akan taktik penipuan yang digunakan oleh scammer.

Anjuran kempen #JanganKenaScam ini akan diadakan di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia, dengan anjuran pertama berlangsung di Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Bertam, Pulau pinang bermula sekarang sehingga 8 Oktober 2023. Untuk lokasi keduanya akan mengambil tempat di One Utama, Petaling Jaya mulai 15 hingga 19 November 2023.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari www.JanganKenaScam.com.

Tags: #JanganKenaScambnmMCMC
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kempen #JanganKenaScam dilancar untuk tingkat kesedaran rakyat tentang penipuan atas talian

Kempen #JanganKenaScam dilancar untuk tingkat kesedaran rakyat tentang penipuan atas talian

4 October 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER