• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi TV perkenal tiga pek baru, ada pek Sukan dengan siaran langsung bola sepak dan F1, hanya RM29.90/bulan

  • OLEH Najib
  • 1:03 pm
  • 04/10/2023
  • Komen
Unifi TV perkenal tiga pek baru, ada pek Sukan dengan siaran langsung bola sepak dan F1, hanya RM29.90/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Jun lepas, Unifi telah memperbaharui pek Unifi TV dengan menambah Netflix dan pada September pula HBO Go, bersama harga promosi yang tamat pada 30 September 2023. Dengan ketibaan bulan baru, Unifi mengumumkan ketibaan empat pek Unifi TV baru iaitu Family, Movies, Kids dan Sports.

Pek Family sebenarnya telah diumumkan bersama ketika HBO GO diumumkan datang ke Unifi TV. Tiga lagi pek yang baru iaitu Movies, Kids dan Sports, kini ditawarkan dengan harga promosi.



Tawaran Masa Terhad

Sama seperti pengumuman pek Ultimate baru sebelum ini, ketiga-tiga pek baru ini akan ditawarkan harga promosi untuk waktu terhad. Pelanggan yang mendaftar pek baru ini dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2023 akan menikmati harga berikut:

  1. Family Pack: RM60 (tiada diskaun)
  2. Movies Pack: RM69.90 RM55.90
  3. Kids Pack: RM46.90 RM39.90
  4. Sports Pack: RM39.90 RM29.90

Family Pack agak serupa dengan tawaran Ultimate Pack yang asal iaitu semua saluran TV premium disertakan, tetapi dengan aplikasi penstriman berbeza iaitu HBO GO, BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW dan SIAR. Disney+ Hotstar tidak terdapat dalam pek ini.



Untuk Movies Pack, Unifi menyediakan 32 saluran TV premium dan aplikasi Disney+ Hotstar serta HBO GO. Kids Pack pula ada 26 saluran TV Premium dan diberi aplikasi Disney+ Hotstar.

Sports Pack tiada satu acara penting

Jika anda peminat siaran langsung sukan dan berminat dengan Sports Pack baru Unifi TV, anda harus memahami dengan teliti. Ia menawarkan saluran TV premium dan aplikasi beIN SPORTS CONNECT, jadi siaran langsung terhad kepada perlawanan bola seperti UEFA Champions League dan Europa League, serta perlumbaan F1. Tiada siaran langsung Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana hak siaran masih dipegang oleh Astro.

Selain pek baru, Unifi TV masih menawarkan beberapa pek lain iaitu:

  • Aneka Plus Pack: RM30
  • Ruby Plus Pack: RM30
  • Varnam Plus Pack: RM30
  • Ultimate Plus Pack: RM99.90
  • Ultimate Max Pack: RM134.90

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut semua pek Unifi TV di sini. Boleh rujuk juga soalan lazim FAQ di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Saluran HBO dan HBO Go tiba di Unifi TV, tonton percuma selama 30-hari
  • Netflix boleh dipasang di Unifi Plus Box sekarang, setelah disekat sekian lama
  • Unifi TV sudah ada Netflix, perkenal 2 pek baru dengan harga promosi
Tags: Unifiunifi TV
Najib

Najib

POPULAR

Unifi TV perkenal tiga pek baru, ada pek Sukan dengan siaran langsung bola sepak dan F1, hanya RM29.90/bulan

Unifi TV perkenal tiga pek baru, ada pek Sukan dengan siaran langsung bola sepak dan F1, hanya RM29.90/bulan

4 October 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN