• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad 11 Papermatte, tablet pertama dengan skrin kertas anti silau dan lembut di mata

  • OLEH Najib
  • 3:49 pm
  • 06/10/2023
  • Komen
Huawei MatePad 11 Papermatte, tablet pertama dengan skrin kertas anti silau dan lembut di mata
Share on FacebookShare on Twitter

Tablet semakin mendapat tempat di kalangan pengguna yang mahukan fleksibiliti telefon pintar tetapi produktiviti seperti laptop. Tidak sekadar hiburan, tablet kini digunakan dengan lebih meluas sebagai peralatan bekerja.

Kerana itu, Huawei telah menghasilkan sebuah tablet dengan skrin ibarat kertas, iaitu Huawei MatePad 11 Papermatte Edition. Ia adalah sebuah tablet berprestasi tinggi, dengan keupayaan menulis, mencoret dan melukis menggunakan stailus di atas skrin, menghampiri rasa menulis di atas kertas.



Harga dan ketersediaan

Pengguna di Malaysia boleh mendapatkan tablet ini sekarang, dari pengedar sah Huawei serta di kedai jenama Huawei. Ia juga dijual atas talian, di Stor Online Huawei, Lazada dan Shopee. Harga rasminya di Malaysia adalah:

  • Huawei MatePad 11 Papermatte Edition (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,299

Tablet ini hanya ada sambungan WiFi dan datang bersama stailus Huawei M-Pencil gen-2 di dalam kotak. Khas untuk pembeli terawal, Huawei turut memberikan hadiah percuma iaitu sarung papan kekunci Bluetooth bernilai RM499, kain mikro-fiber bernilai RM99 dan perlindungan skrin 6-bulan bernilai RM399.



Spesifikasi Huawei MatePad 11 PaperMatte Edition

Tablet Huawei MatePad 11 PaperMatte Edition sebenarnya adalah tablet yang serupa dengan MatePad 11 sedia ada, tetapi skrinnya ditukar kepada jenis Matte. Ini memberikan ia rasa seperti kertas dan pengalaman menulis atas skrin seperti kertas. Di samping itu, skrin ini tidak memantulkan cahaya dan lebih mudah dilihat di bawah cahaya seperti matahari.

Skrin ini seluas 11-inci dengan resolusi 2.5K (2560×1600) serta kadar penyegaran 120Hz. Teknologi PaperMatte pada skrin LCD ini membolehkan ia kelihatan jelas di bawah matahari kerana ia tidak memantulkan cahaya. Selain itu, ia juga memberikan rasa seakan kertas di atas skrin, serta rasa menulis di atas kertas menggunakan M-Pencil. Bagaimanapun, kecerahan dan kekuatan warnanya tidak sehebat skrin LCD biasa yang memantulkan cahaya.

Huawei memperkasa tablet Papermatte ini dengan cip Snapdragon 870, serta RAM 8GB dan storan hanya 128GB. Ia sedikit lebih baik daripada MatePad 11 biasa yang menggunakan cip Snapdragon 865, RAM 6GB dan storan 128GB. Tetapi tiada versi 4G/5G untuk tablet ini, sambungan internet hanya melalui WiFi.

Satu lagi kelebihan edisi Papermatte ini adalah M-Pencil gen-2 (bernilai RM499) diberikan bersama di dalam kotak. Ini harga yang serupa jika membeli MatePad 11 biasa (RM1,799) bersama M-Pencil. Stailus generasi ke-2 ini memiliki bentuk heksagon yang mudah digenggam, serta tidak mudah melekat capjari. Ia datang bersama dua tip boleh tukar, dengan 4,096 tahap tekanan untuk menghasilkan ketebalan lakaran berbeza. M-Pencil ini boleh dicas mudah dengan melekatnya secara magnetik di atas tablet. Cas pantas selama 30-saat, memberikan masa penggunaan selama 10 minit.

Dengan adanya M-Pencil, pengguna boleh menggunakan pelbagai fungsi menulis dan melukis, antaranya di apliaksi Huawei Note. Kerja boleh menjadi lebih mudah disiapkan apabila digabungkan dengan sarung papan kekunci pintar. Ini memberikan pengalaman setaraf komputer peribadi pada tablet Huawei MatePad 11.

Untuk menangkap gambar dan persidangan video, Huawei memasang kamera belakang 13MP F1.8 yang memiliki lensa autofokus. Kamera hadapan pula menggunakan lensa 8MP F2.0, terletak di dalam bingkai di atas skrin.

Tenaga disalurkan daripada bateri berkapasiti 7,250mAh. Ia menyokong pengecasan pantas melalui USB-C, dengan kuasa mengecas sehingga 22.5W. Sambungan wayarles pula menyong WiFi 6 serta Bluetooth 5.1.

Tiada jek audio terdapat di tablet ini. Bunyi dihasilkan menerusi empat speaker stereo di kedua belah sisi tablet. Sistem operasi HarmonyOS 3.1 berasaskan Android 13 menjadi tunjang utama perisian tablet ini. Ia turut menyokong fungsi berbilang tetingkap dan SuperHub, cara berkongsi fail yang pantas ke PC atau telefon lain.

Tablet terbaru Huawei ini hanya datang dalam satu warna iaitu kelabu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei MatePad 11 Papermatte Edition.

Bacaan Berkaitan

  • Tablet Huawei Matepad 11.5 kini lebih pantas dengan sokongan 4G LTE
  • Huawei Watch GT 4, jam pintar canggih tapi lebih bergaya dengan harga berbaloi, hayat bateri 14-hari
  • Huawei Watch Ultimate Design, jam mewah edisi terhad berharga RM13,999, hanya 100 unit di Malaysia
Tags: HuaweiHuawei MatePad 11Huawei MatePad 11 PaperMatte Edition
Najib

Najib

POPULAR

Huawei MatePad 11 Papermatte, tablet pertama dengan skrin kertas anti silau dan lembut di mata

Huawei MatePad 11 Papermatte, tablet pertama dengan skrin kertas anti silau dan lembut di mata

6 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER