• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet Huawei Matepad 11.5 kini lebih pantas dengan sokongan 4G LTE

  • OLEH Najib
  • 11:21 am
  • 29/08/2023
  • Komen
Tablet Huawei Matepad 11.5 kini lebih pantas dengan sokongan 4G LTE
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah melancarkan barisan produk baru pada bulan Julai lepas dan salah satu darinya adalah tablet Huawei MatePad 11.5 WiFi serta Huawei MatePad Air WiFi. Kini Huawei mengumumkan pula bahawa tablet Huawei MatePad 11.5 akan ditawarkan dengan sokongan 4G LTE.

Harga dan Promosi

Sama seperti model WiFi sebelum ini, hanya ada satu varian ditawarkan untuk model LTE. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Huawei MatePad 11.5 WiFi (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,499
  • Huawei MatePad 11.5 LTE (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,699

Varian LTE ini akan mula dijual di Malaysia pada 30 Ogos 2023. Pembeli untuk kedua-dua model akan turut menerima sarung penyangga bersama papan kekunci, Huawei MatePad Smart Keyboard bernilai RM499 secara percuma.

Jika berminat, anda boleh mendapatkan tablet Huawei MatePad 11.5 versi WiFi dan LTE dari pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia, serta atas talian di Stor Online Huawei Malaysia, Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Huawei MatePad 11.5

Tablet Huawei yang baru ini boleh dikategorikan dalam kelas pertengahan atas. Ia dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 1 4nm, tetapi hanya dengan LTE kerana Huawei masih dikenakan sekatan menggunakan cip 5G. RAM pula sebanyak 6GB dan storan dalaman 128GB. Tiada slot kad mikroSD untuk storan tambahan.

Skrinnya besar 11.5-inci jenis TFT LCD, resolusi HD Penuh dengan kadar penyegaran 120Hz. Di belakang, ia dilengkapi kamera 13MP F1.8 dengan autofokus. Di hadapan pula, ia menggunakan kamera 8MP fokus tetap, terletak di dalam bingkai di atas skrin.

Bateri berkapasiti 7,700mAh dipasang di dalam tablet ini. Ia menyokong pengecasan pantas 22.5W menerusi port USB-C. Sistem bunyi dihasilkan menerusi 4 speaker yang mengeluarkan bunyi stereo.

Sama seperti peranti Huawei yang lain, tablet MatePad 11.5 tidak boleh menggunakan perkhidmatan dan aplikasi Google. Bagaimanapun, semua perkhidmatan Google masih boleh diakses menerusi pelayar web. Sistem operasi HarmonyOS 13.1 berasaskan Android 13 digunakan pada tablet ini.

Huawei turut menyediakan aksesori berguna yang dijual secara berasingan. Antaranya stylus Huawei M-Pencil 2nd Gen dan papan kekunci Huawei Smart Keyboard.

Tablet ini hanya datang dalam warna kelabu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei MatePad 11.5.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei Matepad Air: Tablet pertama jenama itu dengan skrin petak 3:2
  • Huawei MatePad Pro 12.6 dinaik taraf kepada skrin lebih pantas
  • Huawei MatePad SE 10.4: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: Huaweihuawei matepadHuawei MatePad 11.5
Najib

Najib

POPULAR

Tablet Huawei Matepad 11.5 kini lebih pantas dengan sokongan 4G LTE

Tablet Huawei Matepad 11.5 kini lebih pantas dengan sokongan 4G LTE

29 August 2023
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN