• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad Pro 12.6 dinaik taraf kepada skrin lebih pantas

  • OLEH Najib
  • 2:10 pm
  • 14/12/2022
  • Komen
Huawei MatePad Pro 12.6 dinaik taraf kepada skrin lebih pantas
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari tablet, salah satu jenama yang menyediakan banyak pilihan dan tablet yang berkuasa tinggi adalah Huawei. Tidak lama lagi, Huawei akan mula menjual tablet terhebat mereka, Huawei MatePad Pro 12.6-inci di Malaysia.

Model ini adalah naik taraf daripada MatePad Pro 12.6-inci yang dilancar tahun lepas. Tetapi hanya ada satu penambahbaikan iaitu skrin OLED padanya kini menyokong kadar penyegaran 120Hz, berbanding 60Hz. Selain itu, semua perkara adalah serupa.



Harga dan promosi jualan

Tablet Huawei ini akan mula dijual di Malaysia pada 15 Disember 2022 dan ia boleh didapati di Stor Online Huawei Malaysia, serta di Lazada dan Shopee. Harganya juga meningkat sebanyak RM300 berbanding tahun lepas. Ia kini dijual pada harga RM4,299 bersama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Hanya ada satu warna disediakan iaitu hitam.

Pembeli terawal akan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,300 iaitu sarung papan kekunci magnetik pintar, Huawei M-Pencil gen-2 dan ganjaran eksklusif HMS.



Spesifikasi Huawei MatePad Pro 12.6

Huawei mengekalkan prestasi di tablet ini dengan menggunakan cip Kirin 9000E yang kini menjalankan sistem operasi Harmony OS 3.0. Skrin sebesar 12.6-inci padanya masih jenis OLED tetapi dipertingkat kadar penyegaran kepada 120Hz. Resolusi juga dikekalkan pada 2560×1600, memberi kepadatan piksel 240 PPI.

Terdapat tiga kamera di belakangnya, gandingan kamera utama 13MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 3D. Kamera hadapan pula 8MP F2.0, terletak di tengah bingkai, supaya kedudukan muka di tengah ketika membuat panggilan video secara melintang.

Baterinya berkapasiti 10,050mAh dan menyokong pengecasan pantas 40W, serta pengecasan wayarles 27W. Ia juga memiliki lapan pembesar suara dan empat mikrofon terbina di dalam. Tablet ini turut menyokong rangkaian WiFi 6 802.11ax serta Bluetooth v5.2.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei MatePad Pro 12.6 2022.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro ada hadiah percuma bernilai RM1,747 & cabutan bertuah untuk pembeli terawal
  • Huawei MatePad Pro: Maklumat tempahan awal dan penjualannya di Malaysia
  • PROMO: Tablet Huawei MatePad SE dengan skrin 2K hanya RM699
Tags: hauweihuawei matepad pro
Najib

Najib

POPULAR

Huawei MatePad Pro 12.6 dinaik taraf kepada skrin lebih pantas

Huawei MatePad Pro 12.6 dinaik taraf kepada skrin lebih pantas

14 December 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN