[Artikel ini dibawakan oleh CIMB]
ASB pelaburan yang efektif
Mungkin anda sering mendengar tentang pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang memberi pulangan yang stabil dengan risiko yang rendah.
Jika anda ingin mula merancang untuk mempunyai tabungan, ASB merupakan salah satu pilihan terbaik. Ini kerana ASB adalah pelaburan unit amanah yang telah dikenali.
Pengguna boleh membuat deposit ke dalam akaun ASB seperti akaun simpanan, dengan kadar dividen yang stabil.
Lebih baik lagi, melabur dalam ASB adalah semudah menyimpan wang di akaun simpanan bank kerana kini anda boleh melabur secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter ASNB atau bank.
Salah satu saluran yang membenarkan pelaburan ASB dengan mudah adalah melalui kemudahan perbankan internet CIMB Clicks.
Perkhidmatan pelaburan ASB secara dalam talian melalui CIMB Clicks membolehkan anda untuk pautkan akaun ASNB anda dan melakukan transaksi dalam masa nyata secara terus ke dalam akaun ASNB anda. Anda juga boleh menyemak baki akaun ASNB dengan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh CIMB ini.
Cara melabur ASB di CIMB Clicks
Cara untuk pautkan akaun ASNB anda melalui CIMB Clicks adalah sangat mudah. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari kemudahan perbankan internet CIMB Clicks di www.cimbclicks.com.my
- Log masuk ke akaun CIMB Clicks menggunakan kata laluan dan ID pengguna anda.
- Pilih ‘Apply & Invest’ dan klik ‘ASNB’ di bawah kategori ‘Investment’ untuk pautkan akaun ASNB anda.
- Setelah membaca dan memahami ‘Disclaimer’, klik ‘Agree and Confirm’ untuk meneruskan pautan akaun ASNB anda.
- Anda akan dapat melihat akaun ASNB anda dan pengesahan melalui SecureTAC akan dipinta untuk meneruskan pautan.
- Anda kini telah selesai dengan pautan akaun ASNB melalui CIMB Clicks dan boleh melakukan pelaburan anda dengan mudah.
CIMB melancarkan Kempen Clicks dan Menang
Berita baik, bagi anda yang ingin melabur di dalam ASB dan ASB 2 bersama CIMB, CIMB telah melancarkan kempen ‘Clicks dan Menang’ bermula dari 15 Julai sehingga 31 Oktober 2023.
Sepanjang tempoh kempen ini, pengguna CIMB Clicks boleh melabur dalam unit amanah ASB atau ASB 2 dengan mudah melalui CIMB Clicks dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM1.5 juta. Antara hadiah yang disediakan ialah PIN Touch ‘n Go Reload bernilai RM1,000 (25 pemenang) dan RM500 (145 pemenang), serta hadiah utama laptop Apple Macbook Air M2 sebanyak 10 unit.
Untuk layak menyertai kempen ini, anda perlu melabur sekurang-kurangnya RM500 sepanjang tempoh kempen berlangsung, iaitu dari 15 Julai sehingga 31 Oktober 2023. Pelaburan RM500 ini boleh dilakukan dalam satu transaksi, atau transaksi yang berasingan, asalkan jumlah keseluruhannya RM500.
Setiap RM1 yang dilaburkan di dalam akaun ASB atau ASB 2 melalui CIMB Clicks memberikan anda 1 penyertaan. Ingat, hanya pelaburan untuk ASB dan ASB 2 melalui CIMB Clicks sahaja layak mendapat penyertaan.
Melabur dengan ASB melalui CIMB Clicks memang sangat mudah. Jelaslah bahawa melabur dalam ASB dan ASB 2 kini lebih senang diakses oleh semua selain pulangannya yang konsisten.
Tetapi jangan lupa untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya terlebih dahulu mengenai kaedah pelaburan sebelum melabur.
Sudah bersedia untuk memenangi hadiah sambil melabur dalam ASB atau ASB 2? Dapatkan maklumat lanjut tentang tawaran menarik ini di laman web CIMB Clicks dan Menang.