• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Bang & Olufsen Ferrari Collection dilancar di Malaysia, speaker mewah berwarna merah, dengan harga 5 angka

  • OLEH Najib
  • 3:07 pm
  • 11/10/2023
  • Komen
Bang & Olufsen Ferrari Collection dilancar di Malaysia, speaker mewah berwarna merah, dengan harga 5 angka
Share on FacebookShare on Twitter

Pakar audio terkemuka, Bang & Olufsen (B&O) hari ini melancarkan barisan produk baru yang dihasilkan dengan pengeluar kereta mewah terkenal, Ferrari. Dikenali sebagai “Ferrari Collection”, ia pertama kali diperkenal di Milan, Itali pada Ogos lepas dan kini sedia dibeli peminat di Malaysia.

Harga dan ketersediaan

Sebanyak empat produk audio diperkenal di bawah “Ferrari Collection”, meliputi pembesar suara, fon putik dan fon kepala. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  1. Beoplay EX Earphones – RM3,000
  2. Beosound Explore Portable Speaker – RM1,600
  3. Beoplay H95 Headphones – RM7,500
  4. Beosound 2 Home Speaker – RM28,800

Jika anda merancang untuk melihat dahulu atau terus membelinya, B&O Ferrari Collection kini telah terdapat di:

  1. Aeco HQ, Taman Shamelin
  2. Sprint Cass (Metapod), KLIA 1 dan 2
  3. Foto Flash (Flash Gadget), The Gardens
  4. Charlie Care, Pulau Pinang
  5. B&O, The Gardens
  6. 4. Streotype, IOI City Mall (akan datang Q4)

Bang & Olufsen Ferrari Collection

Beoplay H95 adalah fon kepala wayarles terbaik keluaran B&O, dengan pemacu audio electro-dynamic titanium 40mm dan dihiasi dengan warna merah Ferrari dalam edisi ini. Ia dilengkapi ciri penyaring hingar aktif (ANC) dan menyokong audio Hi-Res menerusi codec aptX Adaptive, AAC dan SBC. Hayat baterinya menjangkau 50 jam dan mengecas menerusi USB-C.



Beoplay EX merupakan fon putik wayarles yang dilengkapi pemacu audio Neodymium 9.2mm. Ia juga hadir dengan ANC bersama bekas dan putik berwarna merah Ferrari. Fon putiknya mampu memainkan lagu sehingga 8 jam dan ditambah ketahanan sehingga 28 jam bersama bekas pengecas yang boleh dicas secara wayarles dan USB-C.

Beosound Explore pula adalah pembesar suara tahan lasak dan kompak, dengan kuasa bunyi sehingga 60W. Ia juga adalah speaker wayarles dengan hayat bateri sehingga 27 jam dan boleh menghasilkan bunyi stereo menggunakan dua unit. Tambah menarik speaker ini kalis air dan debu IP67.

Terakhir, Beosound 2 adalah pembesar suara rumah berkuasa tinggi dalam bentuk silinder. Bunyinya dipacu oleh tweeter 15W, mid-range 15W dan woofer 30W. Gunakan dua unit Beousound 2 dan anda akan menerima bunyi stereo. Ia bukan speaker wayarles tetapi boleh bersambung ke peranti secara Bluetooth dan menyokong penstriman lagu dari pelbagai platform seperti Spotify, TIDAL, Deezer dan banyak lagi.

Anda boleh baca maklumat lanjut tentang semua produk B&O Ferrari Collection di sini.

Tags: audioBang & OlufsenBang and Olufsen Ferrari CollectionFerrari
Najib

Najib

POPULAR

Bang & Olufsen Ferrari Collection dilancar di Malaysia, speaker mewah berwarna merah, dengan harga 5 angka

Bang & Olufsen Ferrari Collection dilancar di Malaysia, speaker mewah berwarna merah, dengan harga 5 angka

11 October 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER