• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find N3 Flip tiba di India 12 Oktober 2023, pelancaran Malaysia semakin hampir

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:43 pm
  • 11/10/2023
  • Komen
Oppo Find N3 Flip tiba di India 12 Oktober 2023, pelancaran Malaysia semakin hampir
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Find N3 Flip adalah telefon boleh lipat terbaharu daripada Oppo. Ia dilancarkan dalam pasaran China akhir Ogos 2023 lalu. Oppo Malaysia mengatakan yang ia akan masuki pasaran kita dan teaser tentangnya sudahpun mula diutuskan di laman rasmi Oppo Malaysia awal Oktober 2023 yang lalu.

Oppo Find N2 Flip di Malaysia

Sebenarnya telefon boleh lipat Oppo baru saja masuki Malaysia awal tahun ini iaitu dalam bulan Mac 2023.



Oppo Find N2 Flip: Maklumat penjualannya di Malaysia

Harga jualannya adalah RM3,999 dan hanya ada satu varian sahaja ditawarkan iaitu RAM 8GB dan storan 256GB. Kemasukan Find N2 Flip ke Malaysia agak lewat disebabkan telefon ini sudahpun dinikmati pengguna China dalam bulan Ogos 2022.



Oppo Find N2 Flip: Solusi kepada dominiasi Galaxy Z Flip 4?

Jadi untuk Find N3 Flip, mujurlah Oppo tidak mengambil masa yang panjang untuk mengutuskannya ke dalam pasaran kita. Sekurang-kurangnya, pengguna ada alternatif selain Samsung Galaxy Z Flip 4.

Majlis pelancaran Oppo Find N3 Flip di India

Saluran X milik Oppo India awal Oktober 2023 lalu telah mengutuskan maklumat tarikh pelancaran Oppo Find N3 Flip di peringkat global pada 12 Oktober 2023 jam 7 malam waktu India. Ia menandakan keberadaan Oppo Find N3 Flip di luar China.

Waiting for the #TheBestFlip? Wait no more, the #OPPOFindN3Flip is coming on 12th October, get ready to carry it with style👑
Know More: https://t.co/3YHFjOLhzX pic.twitter.com/pgJqvWxKIK

— OPPO India (@OPPOIndia) October 6, 2023

Spesifikasi Oppo Find N3 Flip

Disebabkan Find N3 Flip sudahpun mula dijual di China, berkemungkinan besar spesifikasi yang sama juga akan dijual di peringkat global.

Find N3 Flip masih mengekalkan rekaan seperti sebelumnya. Tapi, khabarnya engselnya telah ditambah baik dan diuji untuk 600,000 kali berbanding 400,00 untuk engsel Find N2 Flip.

Untuk kamera belakang, ia kini menggunakan kombinasi tiga kamera belakang, pertama seumpamanya dalam telefon jenis flip. Kamera utama kekal pada 50MP, diikuti dengan kamera ultralebar 48MP dan kamera baharu adalah kamera telefoto 32MP 2x zum optikal.

Apabila dibuka, selfie boleh diambil menggunakan kamera 32MP yag sama seperti sebelum ini.

Pada segi paparan utama, Find N3 Flip ada skrin AMOLED sebesar 6.8” beresolusi FHD+ (2520×1080). Kecerahan dilaporkan pada maksimum 1,600 nits. Untuk paparan sekunder, telefon ini menggayakan skrin AMOLED 3.26” beresolusi HD+ (720×382). Spesifikasi ini sama seperti Find N2 Flip.

Atas papan utama, Oppo Find N3 Flip diperkasa cip Mediatek Dimensity 9200 yang bergandingan bersama-sama RAM 12GB serta pilihan storan antara 256GB ataupun 512GB. Untuk kemudahan pengguna, Oppo memperkenalkan butang slider di bahagian sisi untuk meletakkan telefon dalam mode bisu dengan pantas. Telefon ini mempunyai sistem bateri berkapasiti 4,300mAh, kapasiti yang sama seperti Find N2 Flip.

Tags: androidmobileoppooppo find n3oppo find n3 fliptelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find N3 Flip tiba di India 12 Oktober 2023, pelancaran Malaysia semakin hampir

Oppo Find N3 Flip tiba di India 12 Oktober 2023, pelancaran Malaysia semakin hampir

11 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER