• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Oppo Find N2 Flip: Solusi kepada dominiasi Galaxy Z Flip 4?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:47 am
  • 16/12/2022
  • Komen
Oppo Find N2 Flip: Solusi kepada dominiasi Galaxy Z Flip 4?
Share on FacebookShare on Twitter

Selain daripada Oppo Find N2, pengguna di China juga ada pilihan untuk dapatkan Oppo Find N2 Flip, telefon boleh lipat ala Galaxy Z Flip 4. Berbanding dengan Find N2, versi Flip ini berkemungkinan besar akan ditawarkan di luar pasaran China.

Seperti Z Flip 4, Find N2 Flip menggunakan rekaan clampshell dan apabila dibuka, telefon ini mendedahkan panel paparan sebesar 6.8” dalam resolusi 2520×1080. Panel yang digunakan adalah daripad ajenis AMOLED LTPO 2 yang memiliki tahap kecerahan maksimum 1,600nits dengan kadar segar semula pelbagai antara 1 hingga 120Hz.



Teknologi Felxion Hinge masih diguna pakai, sama sepeti Find N yang asal. Apa yang boleh pengguna jangkakan adalah tiada ruang seggang antara paparan bola telefon ini dilipat. Pengeluarnya juga memaklumkan yang kesan lipatan juga hampir tidak kelihatan.

Flexion Hinge membenarkan paparan dibuka dan kekal dalam pelbagai sudut iaitu antara 45 darjah hingga 120 darjah. Apabila telefon dalam keadaan terkatup, pengguna boleh berinteraksi menggunakan panel paparan 3.2” dengan resolusi 720×382 berkadar segar semula 60Hz.



Di jabatan pengimejan, sentuhan Hasselblad masih kelihatan pada sistem kamera Oppo Find N2 Flip. Sistem dwikamera belakang digunakan sebagai kamera utama dengan kamera pertama dibekalkan sensor 50MP F1.8 dengan kamera kedua sebagai penembak ultralebar dengan sensor 8MP F2.2.

Hanya satu kamera selfie disediakan pada telefon ini iaitu yang berada di sebelah dalam dengan sensor 32MP. Tak perlu risau ketiadaan kamera selfie luar kerana kamera utamanya terletak di sisi skrin sekundernya.

Atas papan utama, Oppo tidak mengguna pakai cip daripada Qualcomm seperti Find N2 biasa. Sebaliknya, untuk telefon ini mereka menagih prestasi daripada cip MediaTek Dimensity 9000+ yang bergandingan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB.

Memenuhi segala keperluan tenaga telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 4,700mAh dengan sistem pengecasan pantas 44W. Seperti saudara lebih besarnya, telefon ini menjalankan ColorOS 13 berasaskan Android 13 apabila keluar kotak.

Seperti yang dimaklumkan tadi, setakat ini Oppo Find N2 Flip hanya dijual dalam pasaran China pada harga seperti berikut:

  • RAM 8GB + Storan 256GB – CNY5,999 (RM3,804)
  • RAM 12GB + Storan 256GB – CNY6,399 (RM4,058)
  • RAM 16GB + Storan 512GB – CNY6,999 (RM4,438)

Untuk perbandingan, harga semasa  Galaxy Z Flip4 adalah RM4,099 (8+128), RM4,399 (8+256), dan RM4,899 (8+512).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidoppooppo find noppo find n2oppo find n2 flipoppo inno day 2022telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find N2 Flip: Solusi kepada dominiasi Galaxy Z Flip 4?

Oppo Find N2 Flip: Solusi kepada dominiasi Galaxy Z Flip 4?

16 December 2022
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN