• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Tab S9 FE: Tablet prestasi tinggi lebih mampu milik, ada S Pen & kalis air IP68

  • OLEH Najib
  • 12:12 pm
  • 11/10/2023
  • Komen
Samsung Galaxy Tab S9 FE: Tablet prestasi tinggi lebih mampu milik, ada S Pen & kalis air IP68
Share on FacebookShare on Twitter

Buat mereka yang mencari tablet berkuasa tinggi tetapi harga tidak terlalu mahal dan dilengkapi stailus, Samsung ada pilihan yang menarik seperti Galaxy Tab S6 Lite dan Galaxy Tab S7 FE. Tetapi mereka tidak menghasilkan versi mampu milik dalam siri Galaxy Tab S8.

Bersama-sama pelancaran telefon pintar Galaxy S23 FE dan fon putik Galaxy Buds FE, Samsung kini memperkenalkan barisan tablet berkuasa tinggi dengan harga lebih baik, siri Galaxy Tab S9 FE. Ia telah dijual di Malaysia bersama siri Galaxy FE yang lain.



Harga dan Promosi

Lebih menarik lagi, Samsung menawarkan dua saiz skrin untuk siri Galaxy Tab S9 FE. Ia juga boleh dipilih antara model WiFi dan 5G. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

Samsung Galaxy Tab S9 FE WiFi



  • 128GB – RM2,099
  • 256GB – RM2,399

Samsung Galaxy Tab S9 FE 5G

  • 128GB – RM2,699
  • 256GB – RM2,999

Samsung Galaxy Tab S9 FE+ WiFi

  • 128GB – RM2,799
  • 256GB – RM3,099

Samsung Tab S9 FE+ 5G

  • 128GB – RM3,399
  • 256GB – RM3,699

Berita baik untuk pembeli terawal, Samsung Malaysia ada menyediakan hadiah percuma. Untuk pembelian siri Galaxy Tab S9 FE dari 10 Oktober sehingga 30 November 2023, Samsung akan memberi hadiah percuma berupa:

  • Rebat sehingga RM300 untuk ahli #GalaxyTroop
  • Smart Book Cover (bernilai RM389)
  • Diskaun sehingga 30% untuk pembelian atas pembelian produk dan aksesori Samsung terpilih
  • Langganan VIU Premium 12-bulan (bernilai RM99.90)

Anda boleh mendapatkan tablet terbaru ini di semua pengedar sah Samsung, serta atas talian di Stor Online Samsung Malaysia, Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Samsung Galay Tab S9 FE

Samsung melancarkan Tab S9 FE sebagai pilihan lebih murah berbanding siri Tab S9 yang dilancarkan beberapa bulan lepas. Kini dalam dua saiz, Galay Tab S9 FE memiliki skrin berukuran 10.9-inci manakala Galaxy Tab S9 FE+ dilengkapi skrin 12.4-inci. Kedua-duanya menggunakan skrin LCD dengan kadar penyegaran 90Hz.

Tablet ini dikuasakan cip yang serupa dengan Galaxy A54, iaitu Exynos 1380 5nm. Bagi Tab S9 FE ia dipadankan bersama RAM 6GB atau 8GB. Di Tab S9 FE+ pula, adalah pilihan RAM antara 8GB dan 12GB. Storan pula ditawarkan antara 128GB dan 256GB untuk kedua-dua model. Slot kad mikroSD turut tersedia, menerima sehingga 1TB storan tambahan.

Konfigurasi kamera ada sedikit berbeza. Kedua-duanya dipasang dengan kamera hadapan 12MP yang terletak dalam bingkai di atas skrin. Untuk kamera belakang, Tab S9 FE ada satu kamera utama 8MP. Manakala Tab S9 FE+ ada dua kamera iaitu kamera utama 8MP dan kamera ultraelbar 8MP.

Kapasiti bateri sudah pasti tidak sama. Tab S9 FE dilengkapi bateri 8,000mAh manakala Tab S9 FE+ datang dengan bateri 10,090mAh. Menurut Samsung, ia menyokong pengecasan pantas 45W menerusi USB-C tetapi kepala pengecas dijual berasingan, tidak disertakan di dalam kotak.

Perkara paling menarik untuk tablet ini adalah pen stailus S Pen ada diberikan di dalam kotak, tidak perlu dibeli lagi. Malah, ini juga tablet siri FE pertama diiktiraf kalis air dan debu IP68. Aksesori lain seperti sarung dan papan kekunci perlu dibeli berasingan.

Untuk sistem operasi, siri Tab S9 FE menjalankan OS Android 13. Samsung menjanjikan kemaskini OS sebanyak 4 kali dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun.

Pilihan warna ada dua tetapi berbeza. Bagi Tab S9 FE boleh dipilih antara warna kelabu dan ungu. Di Tab S9 FE+ pula, ada warna hijau dan kelabu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy Tab S9 FE.

Bacaan Berkaitan

  • Galaxy S23 FE dipertingkat dengan kamera sehebat Galaxy S23 dan USB-C setara iPhone 15 Pro
  • Galaxy Buds FE rasmi di Malaysia, fon putik termurah dalam keluarganya
  • Samsung Galaxy SmartTag2 tahan sampai 700 jam, lebih mudah jejak kucing & anjing
  • Dapatkan storan Galaxy S23 FE diganda percuma dan diskaun RM500 dengan cara ini
Tags: Galaxy Tab S9 FesamsungSamsung Galaxy Tab S9 FEtablet
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Samsung Galaxy Tab S9 FE: Tablet prestasi tinggi lebih mampu milik, ada S Pen & kalis air IP68

Samsung Galaxy Tab S9 FE: Tablet prestasi tinggi lebih mampu milik, ada S Pen & kalis air IP68

11 October 2023
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER