• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X9b miliki skrin tahan lasak diiktiraf 5-bintang, akan dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:10 pm
  • 12/10/2023
  • Komen
Honor X9b miliki skrin tahan lasak diiktiraf 5-bintang, akan dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Awal tahun ini, Honor Malaysia telah melancarkan telefon pintar Honor X9a dengan tema skrin yang ultra-kukuh. Honor turut berkongsikan pelbagai pengalaman di mana skrin telefon ini digunakan untuk menghentak buah termasuk kacang yang keras, bagi membuktikan skrinnya yang sangat tahan lasak.

Hari ini, Honor Malaysia memaklumkan bahawa model baru akan dilancar tidak lama lagi. Honor X9b membawa tema ‘All-angle Ultra Tough’ atau ultra kukuh semua sudut. Apakah perkara baharu yang bakal dibawah telefon ini? Kena tunggu maklumat lanjut daripada Honor Malaysia.



Tapi Honor ada berkongsi sedikit perkara. Antaranya, pilihan huruf ‘b’ kali ini bermaksud ‘beyond toughness’ atau mengatasi ketahanan. Petanda ia sangat tahan lasak. Selain itu, ia juga tahan lasak 360° menggunakan paparan baru “HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Display”.

Paparan ini menampilkan 3 lapisan ultra-perlindungan iaitu lapisan pertama yang dikukuhkan, diselaputi kusyen serta bahagian tertutup terlindung. Tambah Honor lagi, kusyen di dalamnya mampu menyerap sehingga 1.2x impak hentakan terjatuh.



Bagi mengukuhkan lagi kenyataan mereka, Honor menyatakan bahawa Honor X9b adalah telefon pintar pertama menerima pengiktirafan 5-bintang tahan jatuh setiap sudut, yang dikeluarkan oleh SGS dari Switzerland.

Honor X9a sebelum ini diperkasa cip Snapdragon 695 5G 6nm, dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Skrinnya jenis AMOLED 6.67-inci melengkung, HD Penuh dengan kadar penyegaran 120hz.

Kamera belakang menggabungkan kamera utama 64MP, kamera ultralebar 5MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula 16MP. Honor X9a datang bersama bateri 5,100mAh dan kuasa mengecas 40W.

Harga pelancaran Honor X9a adalah RM1,499 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Adakah Honor X9b akan mengekalkan harga yang serupa tetapi prestasi lebih tinggi? Nantikan perkembangan terkini daripada kami.

Tags: honorHonor X9bmobile
Najib

Najib

POPULAR

Honor X9b miliki skrin tahan lasak diiktiraf 5-bintang, akan dilancar di Malaysia

Honor X9b miliki skrin tahan lasak diiktiraf 5-bintang, akan dilancar di Malaysia

12 October 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN