• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple akan perbaiki isu radiasi di iPhone 12 dengan kemas kini iOS 17.1

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:13 pm
  • 13/10/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan laporan pihak berkuasa Perancis berkenaan iPhone 12 menghasilkan gelombang radio melebihi had, Apple kini mengumumkan mereka akan mengeluarkan kemaskini iOS 17.1 akan datang untuk memperbaikinya.

Ini disebabkan desakan Perancis mengarahkan Apple untuk menghentikan jualan iPhone 12, atau memberikan penyelesaian agar patuh piawaian yang ditetapkan.



Dengan kemas kini terbaru ini, Apple mengatakan mereka akan mematikan ciri yang boleh mengesan iPhone tidak pada badan, yang akan membenarkan iPhone menjana lebih kuasa apabila dalam keadaan statik di atas meja atau jauh dari pengguna. Ciri pengesanan ini adalah untuk mengoptimumkan prestasi iPhone jika ia tidak bersentuhan dengan pengguna.

Apple dalam kenyataan mereka turut mengatakan iPhone 12 telah diuji dan disahkan secara menyeluruh di peringkat antarabangsa untuk patuh keperluan Specific Absorption Rate (SAR). Namun, Apple mendakwa terdapat kesilapan dalam ujian radiasi yang dilakukan oleh pihak bekuasa Perancis.



Menurut Apple, protokol ujian yang dilakukan pihak berkuasa Perancis tidak mengguna pakai mekanisme pengesanan iPhone di luar badan. Sebaliknya, mereka mengujinya walaupun iPhone ketika berada dalam keadaan statik jauh dari pengguna, yang mana tidak selari dengan keperluan SAR.

Bagaimanapun, ciri ini akan dimatikan hanya di Perancis dan melibatkan siri iPhone 12 sahaja. Dengan kemas kini iOS 17.1, iPhone 12 di Perancis tidak lagi akan memiliki ciri pengesanan luar badan yang akan meningkatkan kuasa signal telefon. Oleh kerana itu, iPhone di sana mungkin mengalami pengurangan prestasi selular.

[Sumber: MacRumors]

Tags: appleios 17iphoneiphone 12
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple akan perbaiki isu radiasi di iPhone 12 dengan kemas kini iOS 17.1

13 October 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN