• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch n Go eWallet akan kenakan caj tambahan untuk tambah nilai kad kredit melebihi RM1,000

  • OLEH Najib
  • 12:18 pm
  • 16/10/2023
  • Komen
TNG eWallet bakal kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit yang melebihi had
Share on FacebookShare on Twitter

eWallet atau e-dompet di Malaysia antara ruang untuk pengguna di Malaysia mengubah baki kad kredit mereka kepada tunai tanpa caj tinggi. Tetapi sedikit demi sedikit, ia mula diketatkan oleh penyedia perkhidmatan eWallet. Terbaru, Touch n Go eWallet telah mengemaskini polisi mereka dan mengenakan caj untuk tambah nilai kad kredit melebihi RM1,000 sebulan.

Tahun lepas, Touch n Go eWallet telah mengenakan had penghantaran RM5,000 jika baki eWallet ditambah menggunakan kad kredit. Langkah ini dilihat untuk menyekat pengeluaran bagi kad kredit kepada tunai atau dihantar ke akaun bank. Peraturan ini tidak dikenakan kepada pengguna yang membuat tambah nilai menggunakan kad kredit untuk pembelian yang sebenar.



Kemudian pada bulan Mac tahun ini, Touch n Go eWallet menurunkan had penghantaran baki jika tambah nilai dibuat menggunakan kad kredit, kepada RM1,000 sebulan. Pengguna masih boleh menambah nilai baki dompet melebihi RM1,000 dengan kad kredit tanpa dikenakan caj tambahan. Tetapi untuk menghantar baki tersebut, ia akan dikenakan caj 1%.

Untuk kebanyakan pengguna, perkara ini tidak memberi kesan kerana dana yang dikategorikan sebagai “tidak boleh dihantar” masih boleh digunakan untuk transaksi lain eWallet seperti membayar di kedai, tol atau parking. Ia hanya tidak boleh dihantar ke akaun eWallet lain atau akaun bank lain.



Terma & Syarat terkini tambah nilai menggunakan kad kredit. Sumber: TNG eWallet

Dengan terma dan syarat terkini yang dikeluarkan pada 10 Oktober dan akan mula berkuatkuasa pada 1 November 2023, Touch n Go eWallet akan meletakkan tambah nilai kad kredit manual melebihi RM1,000 di bawah kategori baki yang dibenarkan untuk penghantaran. Bermakna, caj pengurusan 1% akan dikenakan tanpa pengguna diberi pilihan untuk memilih baki “tidak boleh dihantar”.

Tetapi satu perkara menarik yang diperhatikan di dalam terma dan syarat ini, ia menyebut tentang “tambah nilai manual” menggunakan kad kredit. Ia seperti menyatakan, kategori baki yang boleh dihantar tidak terpakai untuk tambah nilai automatik dan pembayaran pantas (pembayaran terus kad jika baki eWallet tidak mencukupi). Jika anda tidak tambah nilai manual untuk TNG eWallet menggunakan kad kredit dan perlukan dana dihantar keluar, anda mungkin tidak terkesan dengan polisi baru ini. Jika anda perlu menghantar dana lebih tanpa caj tambahan, anda boleh menambah nilai baki TNG eWallet menerusi DuitNow melalui aplikasi perbankan.

Langkah Touch n Go eWallet mengenakan caj untuk tambah nilai kad kredit bukanlah yang pertama untuk eWallet di Malaysia. BigPay telah mengenakan caj sehingga 3% untuk tambah nilai kad kredit mulai 30 Ogos 2023, serta caj tambahan 0.5% untuk transaksi luar negara.

[Sumber: RinggitPlus]

Tags: Touch n GoTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

TNG eWallet bakal kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit yang melebihi had

Touch n Go eWallet akan kenakan caj tambahan untuk tambah nilai kad kredit melebihi RM1,000

16 October 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN