• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MYAirline rancang untuk pulangkan wang 125 ribu penumpang tahun ini, sedia hotline untuk bantu proses

  • OLEH Najib
  • 5:42 pm
  • 17/10/2023
  • Komen
MYAirline pesaing terbaru AirAsia, sasar tambang lebih murah, sokongan pelanggan masa nyata dan tepati masa
Share on FacebookShare on Twitter

Eksekutif Interim MyAirline, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menjamin akan berusaha membayar balik penuh kepada 125,000 penumpang yang terjejas akibat tindakan MYAirline menghentikan operasi secara tiba-tiba. Dianggarkan RM22 juta bayaran balik akan dilakukan.

Bagaimanapun, dia meminta orang ramai untuk bersabar kerana syarikat sedang dalam usaha untuk memproses permintaan berkenaan. MYAirline turut merakamkan kekesalan yang mendalam mengenai peristiwa baru-baru ini dan bagaimana ia memberi kesan kepada semua penumpang, jelas Azharuddin dalam sidang media di Ibu Pejabat MyAirlines semalam.



Sehubungan itu, Azharuddin menasihatkan semua penumpang yang terjejas untuk menghubungi MYAirline untuk memulakan proses bayaran balik, menerusi emel di alamat [email protected] atau talian hotline di 03-8966 2522 yang beroperasi dari 7 pagi hingga 6 petang setiap hari. Ia untuk membantu memudahkan proses pembayaran balik dan penyediaan bantuan.

MYAirline Hotline is Now Open!
Dear valued customer,
If you have been affected by the recent suspension, please call our hotline at +603-8966 2522.
Our customer care agents are available to assist you daily from 7am to 6pm.
Regards,
MYAirline pic.twitter.com/AAxrKujMfZ

— MYAirline (@FlyMyAirline) October 16, 2023

Pada 12 Oktober lepas, pihak pengurusan MYAirline mengumumkan penggantungan operasi sepenuhnya secara tiba-tiba, tanpa sebarang notis awal. Penumpang yang telah tiba di lapangan terbang tidak mendapat bantuan kerana semua pekerja telah dimaklumkan beberapa jam sebelum itu.



Pada hari yang sama, MAVCOM mengarahkan MYAirline untuk memulangkan wang penumpang yang terjejas. Beberapa syarikat penerbangan lain seperti AirAsia, Batik Air dan Malaysia Airlines telah mengumumkan bantuan dalam bentuk diskaun tiket penerbangan untuk penumpang MYAirlines yang terkesan. CAAM pula telah mengumumkan penggantungan lesen MYAirline selama 90 hari untuk membuat siasatan lanjut tentang masalah ini.

[Sumber: MYAirline]

Bacaan Berkaitan

  • MYAirline tutup kedai hingga satu tarikh yang belum diberitahu, masalah kewangan dipercayai punca
  • MYAirline akan percepat proses pemulangan wang, bakal buka talian Hotline untuk bantu penumpang terjejas
  • CAAM gantung lesen MYAirline selama 90 hari, tiada masalah kewangan dalam audit sebelum ini
Tags: MYAirline
Najib

Najib

POPULAR

MYAirline pesaing terbaru AirAsia, sasar tambang lebih murah, sokongan pelanggan masa nyata dan tepati masa

MYAirline rancang untuk pulangkan wang 125 ribu penumpang tahun ini, sedia hotline untuk bantu proses

17 October 2023
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN