• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penumpang MYAirline boleh tuntut sehingga RM200 jika ada beli insuran Tune Protect

  • OLEH Najib
  • 7:07 pm
  • 17/10/2023
  • Komen
Penumpang MYAirline boleh tuntut sehingga RM200 jika ada beli insuran Tune Protect
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda penumpang MYAirline yang tidak dapat terbang akibat penggantungan operasi mengejut minggu lepas dan membeli insuran Tune Protect, anda boleh menerima pembayaran ihsan sehingga RM200 seorang. Tune Protect berbesar hati menghulurkan sokongan ini walaupun penggantungan operasi syarikat penerbangan tidak berada di bawah perlindungan insuran mereka.

Tune Protect memahami kesulitan dan kerugian bagi penumpang yang terjejas. Sebagai tindak balas, Tune Protect mengambil langkah proaktif untuk menawarkan sedikit bantuan. Pembayaran ihsan ini dikira berdasarkan 50% daripada harga tiket penerbangan, tertakluk kepada maksimum RM200 bagi setiap penumpang.



Jubin Mehta, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Malaysia berkata, “Kami menyampaikan jemputan ini kepada pelanggan Insurans Perjalanan kami yang mungkin terjejas disebabkan peristiwa ini untuk menghubungi pihak kami bagi mendapatkan bantuan pembayaran ihsan. Walaupun insiden seperti ini biasanya tidak dilindungi oleh syarikat insurans, tetapi kami memahami perasaan pelanggan dan ingin meluaskan sokongan kami di luar tradisi bidang perlindungan insurans.

Untuk layak menerima pembayaran ihsan ini, penumpang harus memenuhi syarat dan terma berikut:



  1. Perjalanan yang dibatalkan harus dilindungi oleh Insurans Perjalanan Tune Protect.
  2. Polisi Insurans Perjalanan tersebut harus dibeli sebelum 12 Oktober 2023 dan tidak pernah dibatalkan.
  3. Tarikh permulaan polisi mestilah dari 12 Oktober 2023 dan seterusnya.
  4. Pembayaran ini hanya terpakai untuk tiket penerbangan yang dibeli bersama MYAirlines sebagai syarikat penerbangan yang ditetapkan, sah untuk perjalanan bermula dari 12 Oktober 2023 dan seterusnya.
  5. Pembayaran ini berjumlah sebanyak 50% daripada harga tiket penerbangan, selepas sebarang diskaun, tertakluk kepada had maksimum RM200 bagi setiap penumpang.

Jika anda memenuhi semua syarat di atas, maka anda boleh mula membuat tuntuntan daripada Tune Protect. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Muat turun, lengkapkan, dan simpan borang tuntutan PDF yang boleh diubahsuai daripada laman web Tune Protect.
  2. Emel dokumen berikut ke [email protected] :
    a) Borang tuntutan yang telah lengkap
    b) Jadual perjalanan daripada MYAirlines (untuk perjalanan yang bermula pada 12 Oktober 2023 dan seterusnya)
    c) Invois tiket penerbangan yang dibeli dari MYAirlines sebagai syarikat penerbangan yang ditetapkan
  3. Setelah permohonan diterima, ia akan disemak dan sekiranya diluluskan, pembayaran akan dibuat dalam masa 3 hari berkerja dari tarikh kelulusan.

Pastikan semua dokumen disediakan untuk dilampir bersama borang tuntutan. Jika ada sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan, boleh menghubungi Tune Protect melalui talian hotline perkhidmatan pelanggan di 1-800-88-5753 atau dengan menghantar emel ke [email protected].

[Sumber: Tune Protect]

Bacaan Berkaitan

  • MYAirline tutup kedai hingga satu tarikh yang belum diberitahu, masalah kewangan dipercayai punca
  • MYAirline akan percepat proses pemulangan wang, bakal buka talian Hotline untuk bantu penumpang terjejas
  • CAAM gantung lesen MYAirline selama 90 hari, tiada masalah kewangan dalam audit sebelum ini
Tags: MYAirlinetune protect
Najib

Najib

POPULAR

Penumpang MYAirline boleh tuntut sehingga RM200 jika ada beli insuran Tune Protect

Penumpang MYAirline boleh tuntut sehingga RM200 jika ada beli insuran Tune Protect

17 October 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN