• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple umum stailus lebih murah, harga RM399 dan ada fungsi yang ditiadakan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:25 pm
  • 18/10/2023
  • Komen
Apple umum stailus lebih murah, harga RM399 dan ada fungsi yang ditiadakan
Share on FacebookShare on Twitter

Apple mengumumkan pelancaran satu produk berbentuk stailus untuk iPad mereka. Ini adalah stailus termurah untuk menyertai 2 model yang sedia ada. Apple Pencil (USB-C) boleh anda dapatkan pada harga RM399.

Ya, termurah Apple itu tidaklah murah sangat pun, tapi masih murah jika dibandingkan dengan Apple Pencil (2nd Gen) yang berharga RM599 dan Apple Pencil (1st Gen) yang berharga RM479.



Apple Pencil (USB-C) memiliki fizikaliti mirip model 2nd gen yang mengguna pakai rekaan badan berpermukaan rata di satu bahagian dan ia boleh melekat di bahagian sisi iPad secara magnet. Sungguhpun begitu, ia tidaklah akan mengecas stailus tersebut kerana ia secara eksklusif dicas melalui port USB-C yang terselindung dibawah penutup. Ia juga digunakan untuk menambat stailus pada iPad.

Disebabkan ia termurah, pastinya beberapa kompromi perlu dilakukan. Antaranya adalah ia tidak peka tekanan. Makanya ia tidak sesuai untuk artis yang ingin lakukan lakaran halus. Kemudian, fungsi double tap juga tiada.



Berikut adalah senarai model yang menyokong Apple Pencil (USB-C):

  • iPad Pro 12.9” (3rd, 4th, 5th, and 6th generation)
  • iPad Pro 11” (1st, 2nd, 3rd, and 4th generation)
  • iPad Air (4th and 5th generation)
  • iPad (10th generation)
  • iPad mini (6th generation)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: appleapple pencilipad
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Apple umum stailus lebih murah, harga RM399 dan ada fungsi yang ditiadakan

Apple umum stailus lebih murah, harga RM399 dan ada fungsi yang ditiadakan

18 October 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN